Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Wang mangsa MH370 hilang angkara orang dalam

Polis percaya wujud penglibatan orang dalam yang bertanggungjawab mengeluarkan sejumlah wang milik empat penumpang MH370.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu terlibat dan operasi memburu suspek juga sedang giat dijalankan.“Kita dah dapat kenal pasti suspek tersebut dan kami percaya wujud kerjasama orang dalam bank.

“Semua pihak diminta bersabar kerana pihak kami sedang jalankan siasatan seterusnya,” katanya ketika sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri, di sini, semalam.

Beliau walau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan suspek yang terlibat dalam kegiatan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya mengesan kewujudan akaun kelima berhubung pemindahan sejumlah wang milik kempat-empat mangsa MH370 yang dibuat pada Julai lalu.

“Siasatan awal polis mendapati daripada amaun RM110,643 itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.

“Akaun bank kelima itu didaftarkan atas nama individu yang tidak dikenali. Namun, polis masih menyiasat lagi perkara ini,” katanya.

Difahamkan ini, bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu. Satu laporan polis mengenai perkara berkenaan dibuat pada 2 Ogos lalu.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..