Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Zahid ingatkan ‘Mahathir’ supaya hormati Najib

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menepis kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dihormati bukan sahaja oleh rakyat bahkan juga termasuk bekas pemimpin di negara ini.Katanya ini adalah kerana rakyat sudah memberi mandat untuk perdana menteri itu terus mentadbir negara ‎dan Najib berhak menuntut kesetiaan daripada rakyatnya.

“Seorang pemimpin yang dipilih rakyat perlu dihormati oleh semua rakyat termasuk bekas pemimpin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Pertauliahan ‎dan Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi hari ini.

Zahid bagaimanapun berkata, Dr Mahathir mempunyai hak untuk memberi pandangan.