Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Anak Taib bermasalah dengan kes cerai, sekarang tuduh Anwar pula terlibat

Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta Shahnaz Majid kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hari ini dikatakan konspirasi politik melibatkan antara lainnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kenyataan itu dikeluarkan apabila Abu Bekir ditanya peguamnya Datuk Zainul Rijal mengenai artikel yang dipetik daripada Sarawak Report seperti yang disertakan bekas isterinya dalam kes itu.“Artikel itu diterbitkan Harakah pada Mac 2011 bertajuk ‘Aset anak KM Taib terbongkar’, ‘Dari mana aset RM1 bilion dikumpul’, ‘Siapa Taib Mahmud di peta kekayaan Sarawak’ dan ‘Kemewahan Taib Mahmud diselubungi misteri’.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

Suhakam kesal kerajaan masih guna Akta Hasutan lapuk

Tan Sri Hasmy Agam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat bimbang dengan peningkatan yang merisaukan dalam penahanan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa ke atas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pelajar serta baru-baru ini seorang ahli akademik.Suruhanjaya kesal melihat penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat kebebasan bersuara individu semakin meningkat dan seolah-olah digunakan secara tetap.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

Isu PPS & Unit Amal: Mahfuz dakwa Zahid Hamidi cuba mahu jadi popular dalam Umno

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya cuba meraih populariti dalam Umno apabila membayangkan kemungkinan mengambil tindakan ke atas Unit Amal PAS seperti mana badan sukarela lain.Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sikap Zahid itu hanya menunjukkan kedangkalan sendiri, dengan situasi yang menekan berkenaan kedudukan beliau dalam kabinet BN.”Saya harap kawan saya ini bertenang. Jangan kerana berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dalam politik Umno, beliau mengambil tindakan yang hanya membodohkan dirinya sendiri,” kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, pagi tadi.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

Jangan susah hati lagi – Kalau bukan Wan Azizah, Azminlah MB Selangor baru

Shahbudin Husin

Esok 3hb September adalah tarikh akhir bagi PKR, DAP dan Pas mengemukakan nama-nama calon bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang perletakan jawatannya ditangguhkan buat sementara waktu oleh Sultan Selangor pada minggu lalu.Ketika Khalid menyerahkan surat perletakan jawatannnya, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerimanya sehingga pengganti yang baru dilantik.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

Mahkamah batalkan saman Azrinaz

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membatalkan saman bekas penyampai berita TV3 Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar terhadap pengusaha restoran yang menyewa lot kedai miliknya selepas penyewa itu mengosongkan premis berkenaan. Hakim Datuk John Louis O’hara membuat perintah itu di dalam kamar yang dihadiri peguam Azrinaz, Mohd Firuz Jaffril manakala peguam C. Paul Aisu mewakili defendan, Syed Abuthahir Abdul Sithik.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

‘Makcik reda dengan pemergian Firdaus’

TELUK INTAN – “Makcik reda dengan pemergian Firdaus, sebagai ibu, makcik terima ketentuan ALLAH,” luah Fatimah Ibrahim, ibu pembantu juruterbang MH17, Muhammad Firdaus Abdul Rahim. Fatimah, 64, pesara kerajaan berkata, Firdaus, 27, adalah seorang anak yang baik dan pemergiannya amat dirasai seluruh keluarganya memandangkan beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

NFCorp: Kes saman Nurul Izzah didengar 5 Jan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan tiga hari mulai 5 Januari depan untuk mendengar kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berhubung pembelian beberapa unit kondominium.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

Jakim tambah pegawai di Amsterdam jika perlu

KUCHING – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menambah pegawainya di Amsterdam bagi pengurusan jenazah mangsa MH17 jika keadaan memerlukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

Husam dakwa memang wujud usaha kumpulan Muhyiddin Yassin cuba bekerjasama dengan PAS

Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments

13 mangsa MH17 dari Malaysia belum dibawa balik

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan laporan awal siasatan kotak hitam MH17 diperoleh dengan segera.”Kita tegaskan di sini bahawa siasatan akan dijalankan walaupun laporan pra siasatan telah siap tetapi hanya akan dikemukakan oleh ketua penyiasatan Belanda. Kita belum tahu bila masanya tetapi akan dipercepatkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya KLIA, di sini.

[Read more →]

September 2, 2014   No Comments