Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Najib ‘perli’ Guan Eng dalam isu PPS; mahu pihak berkuasa jangan diugut

Kerajaan mengingatkan mana-mana pasukan membanteras jenayah beruniform supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan kedaulatan undang-undang negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan amat mengalu-alukan apa jua sumbangan masyarakat dalam membanteras aktiviti jenayah tetapi tidak akan membenarkan sebarang tindakan melampaui batas undang-undang.”Semua pihak tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak sesuka hati.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Senarai 300 individu termasuk ahli akademik ikrar sokong Azmi Sharom

Kami, 300 ahli akademik dan individu prihatin bersolidariti bersama Dr Azmi Sharom dalam semangat setiakawan yang teguh.Beliau didakwa melakukan “jenayah” semata-mata kerana menggunakan akal fikiran dan berkongsi pendapat dengan masyarakat awam mengenai perkara yang berkaitan dengan kepakarannya sebagai seorang profesor undang-undang.Menurut laporan, apa yang dilakukan Dr Azmi ialah mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) Selangor supaya tidak mengambil jalan berlandaskan keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan dalam kes Perak yang membolehkan perubahan kerajaan dan menteri besar di negeri itu.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

PKR perlu calonkan Azmin Ali secara rasmi

Shahbudin Husin

PKR dilaporkan sudah menerima jawapan daripada Istana Selangor malam tadi berhubung pencalonan jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Dalam jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution malam tadi juga tetapi kemudiannya ditarik balik atas alasan ada beberapa maklumat lain perlu dimasukkan, sesuatu yang jelas ialah Sultan Selangor tetap mahukan PKR menamakan lebih daripada seorang calon untuk baginda membuat pilihan.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

PAS tikam belakang lagi? Hantar 3 nama ADUN PAS untuk MB Selangor?

Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Abu mayat mendiang Kapten Eugene Choo disemadikan

NILAI – Abu mayat juruterbang pesawat MH17, mendiang Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45, selamat disemadikan mengikut agama Buddha di Taman Peringatan Xiao En, dekat sini pada pukul 1.30 tengah hari ini.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Bunuh bayi: Bekas pekerja kilang diarah bela diri

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan seorang bekas pekerja kilang yang sebelum ini didenda kerana melupuskan bayi perempuan yang dilahirkannya di dalam tandas secara rahsia, untuk membela diri di atas tuduhan membunuh.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Isu PPS: Ahli Parlimen Tanjong ditahan

GEORGETOWN – Naib Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Ng Wei Aik ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tmur Laut kira-kira jam 1 petang hari ini.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Report on what brought MH17 down on Tuesday

THE HAGUE: Dutch air crash investigators have announced that they will release a preliminary report next Tuesday into what brought down flight MH17 over east Ukraine, killing 298 passengers. “The preliminary report will present factual information based on sources available to the Dutch Safety Board (OVV),” investigators said in a statement.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Awasi kopi ‘jantan’ RM5 penyebab sakit jantung

Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments

Pemimpin PAS dakwa TMI fitnah dirinya

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan tajuk sensasi ‘Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan UMNO, Khalid’ adalah fitnah The Malaysian Insider (TMI) terhadap beliau.”Saya tidak pernah menyebut atau ‘memperakui’ bahawa PAS bekerjasama dengan Umno dalam isu MB Selangor,” tulis beliau menerusi facebook Dewan Ulamak PAS Pusat.

[Read more →]

September 4, 2014   No Comments