Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Siswa UM lancar ‘hartal’ Rabu ini sebagai sokongan pada Azmi Sharom

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) melancarkan “hartal” pada Rabu ini sebagai sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 pada minggu lalu.Presiden PMUM Fahmi Zainol mengatakan, bantahan itu akan diadakan bersama-sama dengan perhimpunan dan forum Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang akan diadakan pada hari yang sama.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Jika Iskandar jadi MB, mahukah PAS dan DAP akur?

Shahbudin Husin

Telah tersebar secara meluas di beberapa portal berita, blog dan media sosial sejak petang tadi mengenai desas-desus bahawa Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.Melalui berita yang turut menjadi bualan ramai di pejabat SUK Selangor itu, Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Pas Selangor dikatakan akan diumumkan bagi jawatan itu oleh pihak Istana Rabu ini, manakala majlis mengangkat sumpat pula akan diadakan pada hari Jumaat.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Umno Tumpat tidak kisah kalau PAS bertanding sekali pun

Umno Bahagian Tumpat tidak khuatir untuk bertanding dengan sesiapa sahaja dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor 25 September ini.Pemangku Ketua Umno bahagian itu, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz berkata, ini kerana persiapan untuk memantapkan PRK sudah digerakkan bagi menghadapi cabaran itu termasuk kemungkinan Barisan Nasional berdepan dengan calon Pas.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Wan Azizah ‘terguris’ dengan serangan peribadi Hadi

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melalui kenyataan kepada media menyatakan, “sedikit terguris” terhadap serangan peribadi yang diterima beliau dari Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan beliau (dalam hal kemampuan menjawat jawatan Menteri Besar).“Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insyaallah,” katanya.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Don’t take on the Sultan, PAS tell PKR and DAP

KLANG: Selangor PAS secretary Mohd Khairuddin Othman said PKR and DAP should submit more than two names for the post of Menteri Besar (MB) as decreed by the Sultan, for the welfare of Selangorians.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Pemuda Pakatan Rakyat Desak Pimpinan Tertinggi Selesaikan Kemelut MB

SUBANG JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat mendesak kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS supaya bermuafakat dalam membincangkan kemelut menteri besar Selangor yang semakin meruncing. Ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, penyelesaian segera perlu diambil kerana kelewatan dalam menyelesaikan krisis tersebut hanya akan memberi kesan negatif terhadap sokongan rakyat terutamanya golongan muda di negeri tersebut.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Biar ‘kerek’ asal bela rakyat

MENJADI wakil rakyat bukanlah perkara mudah. Senario politik di Malaysia pula dilihat semakin terbuka sejak PRU12. Namun begitu, bergaji besar dan berkedudukan tinggi bukanlah tiket selamat selamanya apabila kesan tindak tanduk wakil rakyat adalah di tangan rakyat.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Pas Selangor mohon PKR, DAP akur titah sultan

SHAH ALAM – Titah Sultan Selangor yang dukacita dengan tindakan PKR dan DAP dalam merungkai kemelut jawatan menteri besar menyebabkan rakan sekutu perikatan itu memohon kedua-dua parti berkenaan akur kepada perintah istana. “Pas Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan baginda tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang telah berlaku…. kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi Raja ini.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Ini bukti Hadi Awang engkar keputusan mesyuarat JKPP Pas Pusat;boleh dikenakan Tatatertib PAS

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2014 telah memutuskan seperti berikut :

a) Sebagaimana yang dipertegaskan sebelum ini, PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments

Istana dakwa Sultan murka pada PKR dan DAP

Kedegilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mengemukakan lebih daripada dua nama bagi calon menteri besar Selangor akhirnya mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu dianggap mengingkari titah Sultan Selangor apabila hanya mempersembahkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu.

[Read more →]

September 8, 2014   No Comments