Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mahathir: I failed to change Malays to know shame and still ‘proud’ for being a failure

Mahathir Mohamad lamented that he failed in his 22 years in power as the Malays did not feel ashamed when they failed, whether in examinations or in life.”I spent 22 years trying to change the Malays, trying to alter the perception that they were lazy, I failed,” Malaysia’s longest serving prime minister said today.His comments came after the Education Ministry revealed that two examination papers for a national primary school test had been leaked, forcing nearly 500,000 pupils to resit the papers on September 30.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

Sabah bukan milik Malaysia

Hasmin Azroy Abdullah

Kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa Sabah adalah milik Malaysia merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan jauh daripada kebenaran. Malah ia boleh disifatkan sebagai kenyataan seorang penjajah.Akhir-akhir ini, ada kelompok tertentu yang heboh mengatakan tentang Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia.Isu sebenar yang menyebabkan soal pemisahan ini timbul ialah kerana rasa tidak puas hati rakyat Borneo berkaitan layanan tidak adil yang diberikan terutamanya apabila Borneo adalah salah satu rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

Mahathir akui hantar satu saja nama kepada para Sultan masa jadi PM

Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tun Mahathir Mohamad dilihat bersetuju dengan pendapat musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana.“Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan,” kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

Muhyiddin: UPSR bocor mungkin angkara sabotaj

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

MH17: Pasukan Penyiasat Masih Belum Boleh Masuk Lokasi Nahas – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Pasukan penyiasat antarabangsa termasuk dari Malaysia masih belum boleh memasuki lokasi nahas pesawat MH17 berikutan keadaan yang tidak cukup selamat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

UPSR: Kertas Bahasa Inggeris Bocor, Calon Perlu Duduki Semula

PETALING JAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan kebocoran soalan, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh pada Khamis.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

Pekerja Malaysia pilih kemahiran daripada wang

KUALA LUMPUR – Pekerja di Malaysia lebih berminat untuk mempelajari kemahiran baharu daripada mendapatkan gaji lebih tinggi atau kemajuan kerjaya, demikian menurut kajian global firma pembekal pekerja, Kelly Services.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

MH17: Abu mayat tiga sekeluarga disemadi hari ini

MUAR – Abu mayat tiga sekeluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17  tiba di kampung halaman mereka di sini hari ini untuk disemadikan. Abu mayat pensyarah Ng Shi Ing, 33, anak lelakinya yang berumur setahun, Benjamin Lee Jian Han, dan adik Shi Ing, Elisabeth Ng Lye Ti, 30, tiba di Seu Teck Sean Tong Funeral Parlour, di sini pada kira-kira 10.23 pagi dari Pusat Xiao En Bereavement, Cheras, Kuala Lumpur.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

PAS dan PasMa

PAS is at risk of disintegration. In the near future we can anticipate a PAS and another PasMa, the former conservative and the latter more liberal, the former supporting Hadi Awang and the latter, Anwar Ibrahim?Of course, all this could only be a possibility for the time being, but the journey could be a very long one from the status of being possible to reality.This is the first time the liberals within the party have engaged in open conflict with the conservatives. What used to be swept under the carpet has now evolved into full-blown crossfire.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments

David Teo nafi berhutang dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan isu pihaknya tidak menjelaskan bayaran baki duit lakonan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal termasuk duit duta produk yang bernilai puluhan ribu ringgit sebagai mengarut.David berkata, memandangkan pasangan itu menamatkan kontrak lebih awal tanpa membuat perbincangan, mereka tidak layak bertanyakan sebarang bayaran yang tertunggak.

[Read more →]

September 11, 2014   No Comments