Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Soalan Bocor UPSR: Tiga Laporan Polis Diterima

PETALING JAYA: Tiga laporan polis dibuat berhubung insiden kebocoran soalan kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Pengkhianat Bocor Kertas UPSR Kena Dihukum Maksimum – Idris Jusoh

PUTRAJAYA: Pengkhianat yang bertindak membocorkan beberapa kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikenakan hukuman penalti semaksimum mungkin, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Sarawakians ‘confused’ over Merdeka Day

KUCHING: Sarawakians on both sides of the divide are unanimous that Aug 31, the common day for Sabah and the peninsula, is not their Hari Merdeka (Independence Day). Otherwise, they appear divided on what should be seen as their independence day.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Isu GST: Anwar jawab Najib

PUTRAJAYA – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1992 itu jelas mengelirukan.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Mahathir: 1MDB mungkin sebabkan Malaysia akan muflis seperti Argentina

Tun Dr. Mahathir secara sinis berkata, 1Malaysia Development (1MDB) berlagak seperti Dana Kekayaan Negara, berbelanja seolah-olah daripada lebihan kewangan negara namun sebaliknya ia berhutang berbilion ringgit.Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia akan jadi muflis seperti Argentina jika hutang terlalu banyak.”Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara yang tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak, kita akan muflis seperti Argentina.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Akta Hasutan: Bekas Peguam Negara hairan Gani lepas buat pandakwaan baru kaji kes

Pertuduhan hasutan yang bertalu-talu terhadap wakil rakyat pembangkang dan individu lain dilihat sebagai “penindasan” dan bukannya pendakwaan, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mengkritik tindakan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula kes selepas pertuduhan dikenakan.Abu Talib berkata, luar biasa bagi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga pendakwa raya mendakwa dulu, kemudiannya membuat keputusan untuk kajian semula.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Ramai calon UPSR dikatakan hilang motivasi dan tertekan

Ibu bapa yang berang berkata kebocoran dalam dua kertas peperiksaan menyebabkan anak mereka hilang semangat dan motivasi kerana mereka berharap untuk menghabiskan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas setahun belajar dan mengulangkaji pelajaran.Mereka berkata, rancangan keluarga dan percutian terpaksa dibatalkan selepas Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan untuk menangguhkan kertas Sains dan hampir 500,000 calon UPSR mengambil semula dua kertas Bahasa Inggeris selepas mendapati ada kebocoran – kejadian pertama dalam peperiksaan awam di peringkat sekolah rendah.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Sabun dan losyen elak nyamuk dicipta UKM

Sekumpulan penyelidik terdiri daripada 13 pakar perubatan dan saintis iaitu bekas pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan sejenis sabun dan losyen badan yang boleh menghalang gigitan nyamuk terhadap manusia.Ketua projek penyelidikan produk, Dr Mohamad Shukor Yusof, 58, berkata, idea untuk menghasilkan dua produk jenama ‘Vecto’ itu timbul setelah mereka berbincang mahu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat menggunakan kepakaran yang dimiliki.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Satelit keenam Malaysia selamat dilancarkan ke angkasa

Satelit keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit oleh roket pelancar Ariane 5 ECA di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana tepat jam 6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia (7.05 petang Khamis waktu tempatan).Ini adalah pelancaran satelit ke-75 Ariane 5 ECA dan kali ketiga untuk siri satelit Measat-3.rn Yang turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi MEASAT Global Berhad (MEASAT), Datuk Umar Abu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments

Talkin untuk Najib

Shahbudin Husin

Di sebalik kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang masih berlarutan sehingga kini, ramai yang merasakan bahawa Perdana Menteri, Najib Razak agak sedikit terselamat daripada sebarang kritikan, kecaman dan serangan. Untuk beberapa ketika, memang terlihat Najib agak kurang menjadi sasaran kerana tumpuan kritikan lebih terarah kepada Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, PKR dan Pas.Anwar dijadikan bahan kritikan kerana dianggap mula-mula mencetuskan pertukaran Khalid Ibrahim yang kemudian disusuli dengan ketegasan untuk mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, berbalah dengan Pas dan sehinggalah kepada terzahirkan perasaan dukacita Sultan Selangor kepada keengganan mematuhi titah baginda.

[Read more →]

September 12, 2014   No Comments