Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

MAS Kutuk Laporan Berita Dan Buku Mengenai Tragedi MH370

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) mengutuk laporan berita di Internet dan penulis buku yang menyiarkan cerita berkaitan dengan penerbangan MH131 dan MH370, dengan melabelkan mereka “bersifat amatur” dan “palsu”.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

Kerani Mengaku Tidak Bersalah Sembunyi Harta Curi Lebih RM53,000

KUALA LUMPUR: Seorang kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan menolong menyembunyikan wang curi berjumlah RM53,362.10, bulan lepas. Patrick Parthiban, 26, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam lif Pasaraya Haniffa, Wisma Haniffa Jalan Masjid India dekat sini pada 8.30 malam, 30 Ogos lepas.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

PM Ucap Tahniah Kepada 5 Universiti Malaysia Antara 400 Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengucapkan tahniah kepada lima universiti Malaysia yang meraih tempat antara 400 universiti terbaik dunia dalam senarai QS World Universiti Rankings 2014.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

Cukai tembakau: Desak kerajaan patuhi FCTC

KUALA LUMPUR – Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) mendesak kerajaan mematuhi komitmen Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) dengan menaikkan cukai bahan tembakau setiap tahun bermula dengan Bajet 2015.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

Kerajaan Pusat Sedia Tambah Baik Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

PENGKALAN KUBOR: Kerajaan sedia mempertimbangkan permintaan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu diperbesarkan dan diberi penambahbaikan bagi menampung pengguna yang semakin bertambah. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kementerian bersedia mempertimbangkan permintaan itu dengan menggunakan kemudahan dan peruntukan yang sedia ada.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

‘Hadi dah banyak kali kecil hati dengan Anwar’

KOTA TINGGI – Pentas Muktamar Pemuda Pas ke-55 yang berlangsung di sini hari ini menjadi medan perwakilan untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

UPSR leak: Three more teachers remanded

PUTRAJAYA: The police today obtained a four-day remand order against three teachers, one of them a woman, to assist in the investigations into the leak in the Science and English examination papers of this year’s Primary School Achievement Test (UPSR).

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

Segera daftar supaya tak ketinggalan

KUALA LUMPUR – Syarikat yang mempunyai pendapatan RM500,000 setahun disarankan supaya segera mendaftar perniagaan di bawah cukai barang dan perkhidmatan (GST) agar tidak ketinggalan serta mendapat maklumat yang mencukupi mengenai cukai tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

Haron Din anggap PAS berkeadaan ‘gawat’, mahu kerjasama dalam PR dikaji

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata “setiap hari ada fitnah” yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi “suasana politik yang gawat” pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments

‘Teksi angkasa’ akan dibina oleh Boeing and SpaceX

WASHINGTON: NASA akan bekerjasama dengan Boeing dan SpaceX untuk membina ‘teksi angkasa’ bagi menerbangkan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), sekali gus mengakhiri pergantungan Amerika Syarikat (AS) kepada kapal angkasa Soyuz, Rusia.Agensi Angkasa AS (NASA) juga turut mempertimbangkan bidaan daripada Sierra Nevada Corp, tetapi akhirnya memilih memberikan kontrak itu kepada kontraktor jangka panjangnya Boeing dan SpaceX dari California dengan kontrak bernilai AS$6.8 bilion (RM21.7 bilion) untuk membina, menguji guna dan menerbangkan kapsul itu yang boleh membawa tujuh penumpang.

[Read more →]

September 17, 2014   No Comments