Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Wan Azizah kemungkinan besar tidak terpilih

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 September ini.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Mat Sabu: Jika MB dari PAS maka kerajaan Selangor tidak kekal lama

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu.Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.”Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara,” kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Anwar mohon ampun dari Sultan Selangor

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kenyataan beliau mengenai amalan (convention) yang dikeluarkan selama ini.Dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, jelas beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.“Saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan Umno-BN, sejak 1982 hingga 1998.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Istana Selangor sahkan MB baru angkat sumpah Selasa

Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Bernama bagaimanapun enggan mendedahkan nama menteri besar yang baharu itu.Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Pusat khas untuk kakitangan MAS yang diberhentikan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas bagi memberikan ’sokongan penempatan’ kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan dihentikan berikutan proses penstrukturan semulanya. Sumber yang mahir dengan penstrukturan semula berkata, tumpuan pusat penempatan (OPC) itu adalah untuk menghulurkan semua sokongan berkaitan dan diperlukan kepada pelbagai kumpulan kakitangan yang meninggalkan syarikat penerbangan nasional berkenaan.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

PKR, DAP Boikot Muktamar PAS?

BATU PAHAT: Keretakan hubungan di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dalam Pakatan Rakyat kini semakin jelas dan berlarutan apabila tiada kelibat pemimpin utama daripada kedua-dua parti berkenaan menghadiri majlis perasmian muktamar tahunan yang bermula Khamis.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

BN ‘Underdog’, Tapi Ada Asas Kukuh Untuk Menang – Tok Pa

TUMPAT: Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui BN adalah parti ‘underdog’ dalam pilihan raya itu. Katanya, walaupun tidak menjadi ‘parti pilihan’, beliau yakin BN mempunyai asas yang kukuh untuk memberi saingan, seterusnya mempertahankan kemenangannya di DUN itu sebelum ini.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Istana Selangor tegur Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Istana Selangor hari ini menegur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Sharafuddin Idris Shah.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Penderma tawar RM96.53 juta untuk carian bukti penembak MH17

LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia – mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments

Pemimpin utama PKR dan DAP tidak hadir perasmian Muktamar PAS

Pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi ini.Tinjauan mendapati PKR menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.Kelibat Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan.

[Read more →]

September 18, 2014   No Comments