Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Khalid beri nasihat pada bakal MB baru, ada kemungkinan lepaskan kerusi DUN

Menteri Besar Selangor yang baharu perlu memberi khidmat kepada rakyat di atas dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggantinya harus komited dalam mengurus dan mentadbir Selangor agar setiap keluarga yang berada di negeri ini mendapat hak kelebihan dan kebajikan sama rata.“Kalau ada (cara) yang betul, kita pertingkatkan, kalau ada (cara) yang salah, kita hentikan kerana dengan cara itulah kita dapat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang paling maju di Malaysia.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

BAT umum harga rokoknya turun kembali

British American Tobacco Malaysia (BAT) hari ini mengumumkan harga rokok keluaran mereka dikekalkan pada harga lama selepas kenaikan sebanyak RM1 baru-baru ini.Kesemua rokok jenama pengeluar tersebut kekal pada harga lama sebelum 8 September 2014 agar mampu bersaing dengan pengeluar lain.”Untuk kekal berdaya saing, kami memutuskan untuk mengembalikan harga rokok kami sebelum 8 September 2014,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam satu kenyataan hari ini.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Sah bocor: Kertas UPSR Matematik dan Bahasa Tamil dibuat semula 9 Oktober

Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober ini.Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang media khas di sini petang Isnin.Ini kerana kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR didapati bocor.Tarikh baharu itu diputuskan selepas mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 5 Oktober depan.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Azmin Ali terima watikah perkenan perlantikan sebagai MB Selangor

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.Pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Khalid Pengerusi Mesyuarat Exco Selangor Kali Terakhir

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri buat kali terakhir sebagai Menteri Besar Selangor.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Isu MB: Keturunan Naning Adakan Protes Sokong Sultan

PETALING JAYA: Keturunan Naning dari 25 daerah di Melaka dan Negeri Sembilan mengadakan bantahan secara aman pada sebagai tanda sokongan kepada Sultan Selangor.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Azmin Dijangka MB Selangor Yang Baharu – Sumber

PETALING JAYA: Sumber terdekat kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Azmin adakan pertemuan dengan Anwar

PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Pengganas ISIS dilaporkan sudah hampir sempadan Turki

Kumpulan militan Negara Islam (IS) semakin mara menghampiri bandar penduduk Kurdis terbesar di Syria semalam selepas berjaya menawan beberapa buah kampung berhampiran dan menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk melarikan diri ke sempadan Turki, kata sebuah badan pemantau semalam.Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, militan IS kini berada dalam lingkungan 10 kilometer dari sempadan bandar Kobane.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments

Pusat enggan bayar royalti kerana minyak jauh 3 batu nautika dari Kelantan

Perjanjian Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas menjadi bukti Kelantan berhak mendapatkan royalti minyak, kata Dr Hatta Ramli.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata perjanjian berkenaan dengan jelas menyatakan 5% bayaran tunai perlu dibayar kepada Kelantan dan tidak timbul sebarang penafian yang didakwa Putrajaya.“Janganlah kerajaan pusat menggunakan isu 3 batu nautika dan sebagainya. Itu satu aspek yang saya rasa mengelirukan dan cuba lari daripada tanggungjawab perjanjian yang sudah dibina.

[Read more →]

September 22, 2014   No Comments