Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

China hargai usaha Malaysia jejaki MH370

KUALA LUMPUR – Kerajaan China menghargai usaha tanpa jemu kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang. Duta China di Malaysia, Dr Huang Huikang berkata usaha berterusan ini penting bagi anggota keluarga yang terlibat dalam mencari orang yang mereka sayangi, walaupun telah enam bulan pesawat Boeing 777-200 itu hilang.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Pas tidak salahkan DAP, PKR

TUMPAT – Pas tidak menyalahkan rakan mereka dalam PR, terutama pemimpin tertinggi PKR dan DAP yang dilihat kurang memberikan bantuan dalam kempen PRK Pengkalan Kubor. Pengarah Induk Pas PRK Dun Pengkalan Kubor, Datuk Tuan ibrahim Tuan Man berkata, Pas memahami kesukaran yang terpaksa dialami rakan mereka itu terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

PRK Pengkalan Kubor: SPR Minta Semua Parti Patuhi Undang-Undang

TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Khamis supaya mematuhi undang-undang dan menghentikan kempen masing-masing tepat 12 tengah malam Rabu.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Sebahagian Kecil Struktur Pasar Payang Akan Diroboh – Menteri Besar

KUALA TERENGGANU: Hanya sebahagian kecil struktur Pasar Besar Kedai Payang di sini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan semula pasar berkenaan. Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata struktur berkenaan telah disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan projek pembangunan semula pasar berkenaan akan dijalankan secara berperingkat.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Kit Siang sees political vendetta in Anwar probe

PETALING JAYA: DAP strongman Lim Kit Siang today condemned the investigation of opposition leader Anwar Ibrahim under the Sedition Act, accusing the government of “gross abuse of power” in carrying out “the worst form of political vendetta”.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Azmin enggan dedah exco bayangan

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mendedahkan barisan Exco kerajaan negeri bayangannya sehingga Jumaat. Beliau berkata, ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendapatkan persetujuan daripada parti sekutunya iaitu DAP dan Pas.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Adab, displin, elemen penting sebagai pencipta

KUALA LUMPUR – Adab dan disiplin perlu ada dalam diri setiap pencipta bagi memastikan kreativiti dan inovasi yang dihasilkan selaras dengan matlamat sewajarnya. Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tanpa adab, inovasi tidak mempunyai makna dan mungkin disalah guna atau tidak diluhurkan mengikut asas kemanusiaan yang baik.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Menantu Osama Dipenjara Seumur Hidup

NEW YORK: Menantu Osama bin Laden, Suleiman Abu Ghaith, dihukum penjara seumur hidup selepas sabitan terhadap tuduhan terbabit dalam keganasan.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Nik Aziz mendoakan Umno ‘buta,lidah dipotong’

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments

Biawak disyaki kelaparan menyerang bayi di Pulau Tioman

Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi Isnin berkemunginan dalam keadaan lapar.Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

[Read more →]

September 24, 2014   No Comments