Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Muhyiddin dakwa krisis Selangor punca BN menang besar, PAS nafikan

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan majoriti lebih besar calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail di PRK Dun Pengkalan Kubor adalah berpunca daripada krisis yang berlaku dalam PR.Muhyiddin berkata, rakyat Kelantan bijak menilai kerana mereka percaya hubungan PR sudah tidak lagi menunjukan mereka mampu mentadbir Selangor dan Malaysia dengan baik.”Saya kira banyak faktor (kemenangan) pertama ialah keberkesanan jentera, serta kempen kita yang lancar terutama mengenai penjelasan isu royalti minyak.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Pengarah Filem Jamil Sulong Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong,88, meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, di sini kira-kira pukul 9.35 malam Khamis.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Empat lagi sistem amaran tsunami akan dipasang

TAWAU – Jabatan Meteorologi merancang untuk memasang  empat lagi sistem amaran tsunami di bahagian pantai timur Sabah bagi meluaskan rangkaian sistem amaran itu di negeri ini.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Kisah benar: Isteri bawa suami ke neraka sebagai anak derhaka

Email Oleh : [email protected]
Diceritakan oleh : Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

DBKL tetap bertindak terhadap peniaga ingkar

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini menegaskan akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil mahupun berskala besar sekiranya mereka menjalankan aktiviti perniagaan secara haram.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Deepavali disambut pada 22 Oktober, bukan 23 Oktober

Persatuan Hindu Sangam Malaysia meminta masyarakat India supaya tidak keliru dengan tarikh sambutan Hari Deepavali atau pesta cahaya di Malaysia.Presidennya Datuk R.S Mohan Shan berkata penganut Hindu akan menyambut perayaan tersebut pada 22 Oktober dan bukannya 23 Oktober seperti yang dicetak dalam kebanyakan kalendar di negara ini.”Penganut Hindu harus menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Tithi’ iaitu hari ke-14 haribulan ‘Iypasi’ berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Azmin nafi persetujuan komposisi Exco sudah dimuktamadkan

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan laporan awal media yang menyatakan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS, PKR, dan DAP sudah dibuat dan diperkenan Sultan Selangor.”Laporan media hari ini berhubung kuota pelantikan exco tidak tepat kerana proses rundingan sedang berjalan.”Kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.Azmin hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di Shah Alam pada pukul 2.40 petang bagi menyerahkan senarai nama barisan exco yang akan dilantik secara rasmi esok.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

BN menang dengan majoriti besar, PAS Kelantan bawah MB baru semakin lemah?

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 2,635 undi.Calonnya, Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi.Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38 undi.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Adun PAS, Saari Sungib Tolak Jawatan Exco Selangor

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat. Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments

Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok – Azmin

SHAH ALAM: 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.

[Read more →]

September 25, 2014   No Comments