Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Dari Kajang ke Pengkalan Kubor: Berkuburnya PR?

Edwin Michael

Pergolakan politik negeri Selangor semacam sudah sampai ke penamatnya dengan perlantikan Menteri Besar (MB) baru yang dikatakan telah meredakan ketegangan politik Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak istana.Kerusi yang sepatutnya menjadi milik Anwar Ibrahim (melalui Langkah Kajang) dan kemudian melobi kerusi itu untuk isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi akhirnya menjadi milik Mohamed Azmin Ali. Percaturan strategi dan permainan politik MB baru ini sebenarnya harus diakui mantap dan tersusun berbanding langkah sumbang yang dibawa Pengarah Strategi parti itu sendiri.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

It is so easy to divorce nowadays, 210 cases in Syariah court in KL per day?

A mother wiped her tears as she witnessed her daughter pronouncing her divorce to the judge, while another elderly couple bickered in front of a full courtroom, one justifying the divorce, while the other resented the action.”I cannot live with this man who cheated me,” says one woman, while sobbing uncontrollably.”He abused me and told me that he considered me as a divorcee from the day of our first fight,” says another. Every so often a couple gets their appeal rejected, and that leads the crowd in the courtroom to question what happens after this with the couple. Will they live apart or commit to reconciliation?

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Dirujuk ‘monkey’ dalam FB, polis tangkap jurujual kereta

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan Polis di Taman Cheng Utama, Cheng, di sini, tengah malam tadi, bagi membantu siasatan mengenai status yang dimuat naik ke sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Polis.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki terbabit adalah seorang jurujual kereta, ditahan ketika berada di rumahnya di Cheng.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Kesian PAS..sudah jatuh ditimpa tangga

Shahbudin Husin

Belum pun kering airmata Pas kerana kesedihan tidak dapat menawan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang keputusannya diketahui semalam, parti itu menerima nasib malang lagi hari ini apabila kerusi Exconya di Selangor pula dikurangkan daripada empat kepada tiga.Dalam pilihanraya Pengkalan Kubor, Pas bukan saja gagal dalam percubaannya mahu merampas kawasan DUN itu daripada UMNO, malah undi majoriti BN juga turut bertambah. Jika dalam pilihanraya umum 2013 lalu, calon PKR tewas dengan undi 1,736 undi, kali ini jumlahnya bertambah kepada 2,635 undi.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Wan Azizah beli kek buat Azmin Ali

Dengan pelantikan menteri besar yang baharu selepas kemelut politik yang berlarutan di Selangor sejak beberapa bulan lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada Jumaat bahawa parti itu bersatu sebagai tanda sokongan terhadap Azmin Ali untuk menerajui negeri itu.Pada sidang media selepas bertemu dengan barisan Exco PKR yang baharu dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar berkata, isterinya turut membeli kek kepada Azmin sebagai tanda sokongan terhadap beliau.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

PAS Selangor nafi setuju untuk kurangkan kerusi Exco untuk PAS

PAS Selangor menolak dakwaan bahawa mereka bersetuju dengan pengurangan kerusi milik parti tersebut dalam senarai barisan Exco yang baharu.Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali pada Jumaat mengumumkan bahawa PAS hanya diberikan tiga daripada empat kerusi Exco dalam lantikan terbaharu itu.PAS bagaimanapun diberikan jawatan Timbalan Speaker yang sebelum ini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

MH17: New evidence suggests BUK came from Russia

PETALING JAYA: Fresh evidence has emerged that suggests the missile launcher that shot down flight MH17 came from Russia. Analysts compared two images of the BUK rocket launchers.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Exco: Sedikit kecewa tapi sudah jangka – AJK Pas

SHAH ALAM – Pas melahirkan sedikit kekecewaan terhadap komposisi Exco Selangor yang baharu apabila kuota bagi parti itu kurang satu kerusi berbanding sebelum ini. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah menjangka perubahan komposisi itu sambil menyifatkan koalisi politik dalam PR itu sangat kompleks.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Nik Aziz sangkal hubungan renggang punca kalah PRK

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan hubungan yang renggang antara Pas dan komponen PR punca kekalahan calon parti itu dalam PRK Dun Pengkalan Kubor, semalam.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments

Eksport Malaysia akan berkembang menerusi GST

KUALA LUMPUR – Saiz dan nilai eksport Malaysia boleh berkembang apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara ini mulai April, 2015, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong. Katanya GST bakal memberikan kesan positif ke atas industri, terutama pengeksport, selain syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan yang sekali gus akan meningkatkan kadar pertumbuhan negara.

[Read more →]

September 26, 2014   No Comments