Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Ada cubaan kumpulan cuba bawa Sabah keluar dari Malaysia

Polis Sabah menerima satu laporan polis semalam berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia termasuk sebuah yang menggelarkan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung tindakan kumpulan dan NGO terbabit yang juga didakwa aktif menyampaikan kempen dan mengedar risalah berbaur hasutan di kampung dan kawasan pedalaman Sabah.

“Polis telah merakam percakapan pengadu dan mengambil keterangan saksi lain untuk menegakkan siasatan.

“Apa yang penting saya akan mencari siapa yang melaksana kempen-kempen itu kerana sumber dari Internet dan blog yang mereka cetak, menunjukkan kumpulan itu memasuki kampung dan pedalaman berjumpa golongan tua dan muda adalah tidak bagus dan meracuni pemikiran rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu Jalaluddin meminta masyarakat khususnya di Sabah agar tidak terpengaruh dengan khabar angin berkaitan isu tersebut bagi mencegah sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan keselamatan serta memecah-belahkan perkauman dan agama di negara ini.

“Saya juga menasihatkan agar (pihak) jangan meracuni pemikiran rakyat terutama golongan remaja kerana isu keselamatan dan ancaman boleh mengugat kestabilan ekonomi dan keharmonian negara,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha untuk mengumpulkan bukti dan fakta yang berkaitan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan selain meminta orang ramai dan saksi tampil memberi kerjasama serta maklumat kepada polis.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…