Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Adab, displin, elemen penting sebagai pencipta

KUALA LUMPUR – Adab dan disiplin perlu ada dalam diri setiap pencipta bagi memastikan kreativiti dan inovasi yang dihasilkan selaras dengan matlamat sewajarnya. Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tanpa adab, inovasi tidak mempunyai makna dan mungkin disalah guna atau tidak diluhurkan mengikut asas kemanusiaan yang baik.

“Sama ada pelajar atau pencipta, kita harus beradab dan mempunyai disiplin yang kuat, supaya ilmu tidak tercurah kepada situasi yang tidak mewujudkan kreativiti ataupun sifat-sifat yang luhur.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Hormat kepada guru misalnya, penggunaan bahasa yang betul dalam menentukan sikap, ini semua adalah adab yang boleh diperoleh menerusi kuliah dan kita jadikan sebagai panduan dan petua untuk mencapai sesuatu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan UIAM 2014 di sini, hari ini.

Rais, yang juga Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan berkata, sudah tiba masanya negara mengorak langkah menghasilkan lebih banyak ciptaan sendiri memandangkan kini negara didapati lebih banyak menggunakan ciptaan negara luar.

“Mewujudkan kumpulan pencipta yang boleh menyumbang kepada kreativiti di negara kita dan seterusnya kita mengetahui tentang masa depan kepenggunaan sesuatu penciptaan itu,” katanya.

Justeru, katanya bantuan dari aspek dana dan bidang pemasaran perlu diberikan kepada mereka yang dilihat berpotensi dalam bidang yang berkaitan dengan penciptaan dan penghasilan kreativiti.

Kongres tiga hari itu mempunyai objektif menyediakan forum teknikal antarabangsa untuk jurutera, ahli akademik, ahli sains dan penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan berterusan dalam bidang seperti Bahan dan Pembuatan, Sains dan Matematik, Elektronik dan Kejuruteraan Komunikasi.

Oleh itu, sehingga hari ini PETRONAS tidak terikat secara undang-undang untuk membuat Bayaran Tunai kepada mana-mana negeri mengikut Perjanjian Pembayaran itu.

Berdasarkan Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani antara Petronas dan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, negeri-negeri tersebut hanya berhak ke atas lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di dalam negeri tersebut.

Namun demikian, hasil penemuan Jawatankuasa Khas tersebut merupakan antara perkara yang dipertikaikan di Mahkamah dan belum diputuskan oleh Mahkamah kerana kes tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ke atas hasil petroleum berkenaan masih berjalan.

Oleh itu, sebarang keputusan atau hasil kajian Jawatankuasa Khas tersebut tidak wajar dilihat sebagai mempengaruhi keputusan Mahkamah ke atas kes berkenaan, kata Kementerian Kewangan.