Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Anak Taib bermasalah dengan kes cerai, sekarang tuduh Anwar pula terlibat

Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta Shahnaz Majid kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hari ini dikatakan konspirasi politik melibatkan antara lainnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kenyataan itu dikeluarkan apabila Abu Bekir ditanya peguamnya Datuk Zainul Rijal mengenai artikel yang dipetik daripada Sarawak Report seperti yang disertakan bekas isterinya dalam kes itu.“Artikel itu diterbitkan Harakah pada Mac 2011 bertajuk ‘Aset anak KM Taib terbongkar’, ‘Dari mana aset RM1 bilion dikumpul’, ‘Siapa Taib Mahmud di peta kekayaan Sarawak’ dan ‘Kemewahan Taib Mahmud diselubungi misteri’.

“Laporan ini sebahagian daripada permainan politik.

“Ia disasarkan untuk mencemarkan nama baik bapa saya selaku ketua menteri Sarawak dan pengerusi Barisan Nasional Sarawak pada ketika itu,” katanya merujuk kepada Tuan Yang Terutama Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.


Beliau berkata, tuntutan mutaah di mahkamah hari ini adalah isu peribadi namun dijadikan serangan global dan dilancarkan untuk merubah landskap politik Sarawak.

Abu Bekir menamakan Claire Rewcastle Brown daripada Sarawak Report, Bruno Manser Fund, Cullen Johnson dan isteri yang kini berada di penjara, Anwar, Shahnaz dan peguamnya melancarkan serangan untuk merubah landskap politik negeri Sarawak.

(Pihak defendan sebelum ini menamakan Cullen bekas polis di Toronto menjadi penyiasat selepas meninggalkan pasukan polis dan bersama isterinya Elaine White menawarkan “khidmat pengesanan aset” kepada plaintif dalam kes cerai di Kanada dan Amerika Syarikat)

Peguam Shahnaz, Dr Rafie Mohd Shafie bangun membantah apabila defendan mendakwa dirinya terlibat dalam konspirasi itu.


Namun, Abu Bekir memandang Rafie dan berkata: “Peguam Dr Rafie ada kaitan, anaknya menantu Anwar”.

Ia menyebabkan Rafie dengan tegas berkata: “Anda di sini sebagai defendan”.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab kemudian membenarkan Abu Bekir meneruskan hujah dengan menyatakan serangan kepadanya bermula apabila bekas isteri dan peguam yang mempunyai kaitan dengan Anwar menuduhnya berdusta dan memalsukan bukti sebelum ke mahkamah.

“Saya sangat sedih kes ini digunakan demi kepentingan politik bagi memburukkan nama bapa dan keluarga saya.

“Mahkamah ini digunakan sebagai alat pembangkang dan beberapa NGO untuk memburukkan nama Sarawak,” katanya.


Abu Bekir hari ini turut menafikan dakwaan beliau memiliki 111 akaun di luar negara berjumlah AS$700 juta dan menyifatkan ia bertujuan untuk memperlihatkan bapanya sebagai pengamal rasuah.

“Mereka tidak dapat menunjukkan bukti akaun ini wujud sehingga ke hari ini dan ia sememangnya tidak wujud,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insider