Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Anwar mohon ampun dari Sultan Selangor

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kenyataan beliau mengenai amalan (convention) yang dikeluarkan selama ini.Dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, jelas beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.“Saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan Umno-BN, sejak 1982 hingga 1998.

“Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari Sultan Selangor,” katanya.

Istana Selangor hari ini menegur Anwar Ibrahim supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Sharafuddin Idris Shah.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam laporan hari ini menegaskan, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor.

“Adalah menjadi polisi istana untuk tidak mendedahkan nama dan juga maklumat calon-calon yang telah dikemukakan serta proses pemilihan Menteri Besar Selangor.

“Namun memandangkan keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan perkara sebenar,” katanya.