Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Atlet wushu Malaysia di Sukan Asia positif dadah

INCHEON: Kemenangan satu pingat emas negara dalam acara wushu menerusi Tai Cheau Xuen sudah tercemar apabila seorang atlet lelaki wushu negara dilaporkan positif dalam ujian air kencing yang dijalankan Majlis Olimpik Asia (OCA).Laporan agensi berita China, Xianhua menyebut sumber yang rapat dengan OCA mendedahkan selain atlet wushu negara, pemain bola sepak Tajikistan dan pemain tenis lembut (soft tennis) Kemboja turut didapati positif dadah.


Ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan, sebaliknya menegaskan beliau akan bertemu OCA, hari ini untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai perkara itu.

“Saya akan bertemu pegawai OCA esok (hari ini) dan kita akan cuba mencabar kesilapan

berkenaan. Saya akan membuat kenyataan mengenainya selepas itu,” katanya..

Dalam skuad wushu negara, terdapat empat atlet lelaki yang mengambil bahagian dengan skuad itu akan tiba di Kuala Lumpur, hari ini selepas menamatkan acara itu, kelmarin.

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!