Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Azmin memulakan tugas MB pagi ini

Azmin Ali memulakan tugas sebagai menteri besar yang ke-15 tepat pukul 7.55 pagi di Bangunan Sultan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam.Azmin, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang melepaska jawatannya sebagai menteri besar.Beliau yang berpakaian sut berwarna hitam disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar.


Khusrin kemudiannya memberikan taklimat ringkas kepada Azmin di pejabat Menteri Besar di tingkat 21.

Selepas itu Azmin turut mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan di tingkat 22.

Sempat meluangkan masa bercakap kepada pemberita, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis untuk membincangkan barisan exco baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat.

Timbalan Presiden PKR itu dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada Selasa.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..