Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Azmin nafi persetujuan komposisi Exco sudah dimuktamadkan

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan laporan awal media yang menyatakan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS, PKR, dan DAP sudah dibuat dan diperkenan Sultan Selangor.”Laporan media hari ini berhubung kuota pelantikan exco tidak tepat kerana proses rundingan sedang berjalan.”Kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.Azmin hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di Shah Alam pada pukul 2.40 petang bagi menyerahkan senarai nama barisan exco yang akan dilantik secara rasmi esok.


Selepas kira-kira dua jam, beliau keluar meninggalkan perkarangan istana dan ditemui pemberita dan berkata senarai nama sudah diserahkan kepada Sultan untuk dipertimbangkan.

“Saya sudah persembahkan nama-nama yang akan dipertimbangkan untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada Tuanku.

“Alhamdulillah, Tuanku perkenan nama yang saya persembahkan kepada Tuanku, dan saya akan umumkan esok,” katanya.

Ditanya pemberita sama ada komposisi 4-3-3 dikekalkan, Azmin berkata: “10 orang, komposisi kekal, esok saya akan umumkan.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Saya bersyukur kerana Tuanku memperkenankan senarai yang saya persembahkan kepada Tuanku,” katanya.

Difahamkan di tangan Azmin kini mempunyai senarai nama 11 calon exco dan beliau masih belum buat keputusan muktamad menyingkirkan salah seorang daripadanya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider rundingan juga masih dibuat sama ada majoriti kuota empat kerusi exco yang baru kini diberikan kepada PKR menjadikan 4 (PKR), 3 (PAS), dan 3 (DAP).

“Apa yang beliau maksudkan komposisi memang kekal 4:3:3. Cuma rundingan itu adalah mahu meminta PAS kompromi satu kerusi bagi PKR,” katanya.

Timbalan presiden PKR itu juga dikatakan masih meneliti calon muka baru daripada PKR iaitu Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei, dan Amirudin Shari (Batu Caves).

Namun, salah seorang mereka tidak akan dipilih kerana melebihi kuota.

Manakala exco dua penggal, Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail dikatakan tidak tersenarai dalam barisan exco baru itu.

Perubahan kuota juga mungkin berlaku disebabkan kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang mengatakan PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sudah lama bersabar dengan kerenah PKR dan DAP.

Khairil dilaporkan berkata, meninggalkan PR tidak mustahil bagi PAS walaupun tidak berasa ia akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar,” katanya dipetik portal Sinar Harian Online hari ini.

Katanya, sejarah membuktikan kebiasaannya yang keluar daripada pakatan pembangkang bukan PAS tetapi rakan sekutu lain.

“Kami tetap setia dan apa tindakan PAS sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya, merujuk kepada tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) satu ketika dahulu.

Azmin dijangka mengumumkan keputusannya esok sebelum Majlis Angkat Sumpah 10 Exco di hadapan Sultan Selangor yang akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang selepas solat Jumaat pada pukul 2.30 petang.

Bagi exco PAS, pemilihan dibuat sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan senarainya diserahkannya sendiri kepada Azmin malam semalam, lapor Harakahdaily.