Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Azmin umum senarai Exco Selangor, PAS kini hanya ada 3 exco

Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib. Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru‎. Kompisisi exco adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP. Seorang ADUN PAS dijangka akan dicadangkan bagi dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor menggantikan Nik Nazmi yang kini menjadi exco Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping -PKR
Dr Da‎royah Alwi -PKR
Nik Nazmi Nik Ahmad -PKR
Amirudin Shari -PKR
Datuk Teng Chang Khim _DAP
Ean Yong Hian Wah -DAP
V Ganabatirau -DAP
Iskandar Abdul Samad-PAS
Dr Ahmad Yunus Hairi -PAS
Zaidy Abdul Talib – PAS