Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Belum lagi ada pengumuman perkahwinan Neelofa dan Sultan Kelantan

Kehadiran wartawan dari pelbagai agensi dalam pertemuan dengan Pejabat Istana Kelantan, di sini, semalam, hampa kerana tiada sebarang pengumuman dilakukan berhubung khabar angin mengenai pelakon Neelofa yang dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan. Malah, majlis yang berlangsung lebih sejam itu langsung tidak menyentuh isu berkenaan dan dimaklumkan majlis diadakan bertujuan merapatkan hubungan media dan Pejabat Istana Kelantan.

Dalam majlis berkenaan, media diberi taklimat berhubung tugas dan tanggungjawab pihak terbabit selain beberapa agenda yang bakal dianjurkan bersama antara Kelab Media Kelantan Darul Naim dengan Pejabat Sultan Kelantan.

Turut hadir dalam majlis itu Pegawai Media dan Pembangunan Pejabat Istana Kelantan Mohd Ridzuan Sulaiman.

Desas-desus Neelofa yang kini hangat digosipkan bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja mula tersebar.

Lebih menguatkan dakwaan, Neelofa mula berhijab sejak awal Julai lalu sebelum dikaitkan dengan kerabat raja berkenaan.

-utaranews.com

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …