Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

‘Biar presiden sahaja keluar kenyataan’

BATU PAHAT – Berlaku pertembungan kuasa eksekutif antara Presiden Pas dengan AJK Pas Pusat terutama dalam membuat kenyataan menerusi media massa. Perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Khairul Anwar Mohd Wafa berkata, pertembungan itu menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Terdapat juga kekeliruan antara kuasa eksekutif Presiden dan AJK Pas Pusat dengan kuasa Majlis Syura.

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

“Apabila Majlis Syura keluar kenyataan pada sidang media, Presiden keluar kenyataan dan AJK juga.

“Jadi akan berlaku pertembungan yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden, di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar Majlis Syura dan AJK Pas Pusat kekal ‘low profile’ dan menyerahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membuat sebarang kenyataan.

“Majlis Syura tak payahlah beria-ia sangat nak keluar TV…surat khabar. Kalau boleh ‘low profile’ sajalah.

“Apa-apa keputusan Majlis Syura salurkan kepada Presiden. Apa-apa keputusan Majlis Jawatankuasa Pas Pusat salur kepada Presiden. Itu saja saluran yang senang,” katanya.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Beliau juga menegur soal pengurusan konflik yang tidak dikendalikan dengan baik apabila dua aliran yang terdapat dalam Pas tidak berbincang dengan sistematik bagi mencari jalan penyelesaian.

“… pertama aliran logikal, strategis dan berhujah berdasarkan fakta dan nombor. Kedua aliran ilmu wahyu.

“Tetapi masalahnya kedua-dua pihak ini jarang duduk semeja. Berbincang tentang fakta-fakta dan nas-nas ini supaya keputusan yang baik dapat dicapai dalam membuat satu-satu ketetapan,” katanya.