Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

BN menang dengan majoriti besar, PAS Kelantan bawah MB baru semakin lemah?

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 2,635 undi.Calonnya, Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi.Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang dengan majoriti 1,736.Pengumuman keputusan rasmi dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini, kira-kira pukul 9 malam Khamis.


Selain Mat Razi, hadir sama ketika pengumuman keputusan adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan tertinggi Umno dan BN.

Mat Razi, 48, merupakan pengasas sekolah pondok di Simpangan dan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat serta Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat.

Dengan kemenangan ini, beliau akan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, yang membawa kecemerlangan BN dan kemajuan di DUN berkenaan.Z

Noor Zahidi menjadi wakil rakyat di DUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal.

Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 23,929 pengundi layak membuang undi di DUN tersebut.

SPR membuka 11 pusat mengundi dengan 45 saluran mengundi membabitkan 11 buah sekolah untuk proses pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sehingga proses pengundian ditutup, seramai 73 peratus pengundi telah keluar mengundi.Seramai 104 daripada 109 pengundi awal telah mengundi awal pada 21 September lalu.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Keputusan tersebut juga menyaksikan kemelut yang berlaku antara Pas dan rakan mereka dalam PR, iaitu PKR dan DAP jelas memberikan kesan kepada mereka.

Malah, pengundi juga dilihat turut terkesan dengan pergolakan isu Menteri Besar Selangor dan kekecohan di Muktamar tahunan Pas kali ke-60 yang menjejaskan sokongan pengundi kepada parti itu.

PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubor semasa PRU13 lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.