Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Dafi nafi guna pengaruh bapa dalam kerjaya

Bergelar anak VVIP bukan tiket buat penyanyi dan pelakon Dafi dengan mudahnya boleh menghasilkan album dan dilantik sebagai duta pelbagai produk.Bercakap kepada media, pemuda berusia 26 tahun ini menegaskan sejak mula dia melangkah masuk menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF5) dan menapak nama di industri seni tanah air, semua itu atas usahanya sendiri. Terbaru, Dafi dilantik sebagai duta U Mobile.

Namun tidak dinafi dia mendapat sokongan padu daripada famili juga para peminat. Lantaran anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini menyifatkan apa yang dikecapi hari ini sebagai rezeki dan hasil usahanya yang tidak pernah kenal erti putus asa.

“Sudah masuk lapan tahun saya dalam industri, ini baru album saya yang kedua. Kalau betul saya guna nama dan pengaruh bapa saya, sudah tentu tak perlu lah saya nak fikirkan tentang kos pelaburan untuk album malah tiap-tiap tahun saya akan releasekan album.

“Tapi saya tak nak guna jalan macam tu. Saya nak usaha sendiri dan ini semua rezeki. Macam album kedua ini saya segala kos saya gunakan duit simpanan saya. Saya ambil masa setahun untuk rakaman tapi sebenarya perancangan untuk penghasilan album kedua ini sudah dibuat lama, sejak selepas saya releasekan album sulung saya pada tahun 2008.

“Tapi dalam tempoh itu saya lancarkan single-single dan saya mula tubuhkan syarikat sendiri (Laugh Out Loud pada 2010). Sepatutnya album ni nak dilancarkan tahun lepas tapi ketika itu saya sibuk dengan aktiviti lakonan dan teater”, katanya ketika di majlis pelancaran album terbarunya berjudul #D4F1, semalam.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Album yang bakal berada di pasaran sekitar dua minggu lagi ini memuatkan lima lagu seperti ‘Salahkah Aku’, ‘Dalam Hati Ini’, ‘Sudah Cukup Sudah’, ‘Bintang Hati’ dan ‘Maybe Harus Bersama’.

Sementara itu tentang pelantikannya sebagai duta U Mobile, Dafi meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan bergelar duta kepada syarikat telco tersebut.

Jelasnya lagi, dia mengambil peluang menerima tawaran itu selepas melihat syarikat tersebut sudi membantunya dalam kerja-kerja pembabitannya di bidang nyanyian.

“Kontrak saya selama setahun. Sebenarnya sejak dua bulan lalu saya mula cuba pakai U-Mobile. Saya nak tengok sama ada coverage-nya okay atau tidak, pada saya setakat ini U-Mobile memang sangat okay. Dan kebetulan, pihak mereka datang kepada saya dan menawarkan untuk menjadi duta

“Kami bekerjasama dengan situasi menang-menang di mana saya mempromosikan produk mereka dan pada masa sama mereka turut membantu menjayakan konsert mini jelajah di beberapa lokasi.

“Malah, kulit album #D4F1 merupakan rekaan daripada pihak U Mobile,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dafi bakal muncul menerusi drama online U Kafe Tiam yang akan disiarkan di TonTon tidak lama lagi.

-MD