Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

DBKL tetap bertindak terhadap peniaga ingkar

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini menegaskan akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga kecil mahupun berskala besar sekiranya mereka menjalankan aktiviti perniagaan secara haram.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata setiap hari, kementeriannya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi untuk mengesan peniaga yang ingkar.

“Tiada pilih kasih dalam soal ini…hari ini menjadi bukti kita turut menumpukan operasi di premis perniagaan berskala besar,” katanya kepada pemberita di sini.

Adnan berkata demikian kepada pemberita di Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) siri keempat di pekan Sungai Besi melibatkan 350 anggota dari 13 agensi kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ops Bah siri empat hari ini melibatkan 74 premis perniagaan haram yang tertumpu kepada pusat siber perjudian, pusat urut tanpa lesen dan aktiviti maksiat di kawasan Bandar Tun Razak dan Cheras.

Operasi bersepadu itu dijangka berakhir lewat malam ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap peniaga yang masih berdegil menjalankan perniagaan secara haram walaupun pelbagai tindakan telah diambil ke atas mereka.

“DBKL sedia membantu menangani masalah mereka termasuk membuat permohonan yang baharu secara sah,” katanya.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Adnan berkata demikian ketika mengulas mengenai sebuah video yang memaparkan gelagat seorang pegawai penguat kuasa DBKL bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen di Taman Tasik Permaisuri, minggu lepas.

Video berdurasi 2 minit 52 saat itu mula tersebar di laman sosial dan DBKL mendapat tohmahan pelbagai pihak kerana kononnya hanya menumpukan operasi terhadap peniaga-peniaga kecil.