Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Dirujuk ‘monkey’ dalam FB, polis tangkap jurujual kereta

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan Polis di Taman Cheng Utama, Cheng, di sini, tengah malam tadi, bagi membantu siasatan mengenai status yang dimuat naik ke sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Polis.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki terbabit adalah seorang jurujual kereta, ditahan ketika berada di rumahnya di Cheng.

Turut dirampas telefon bimbit milik suspek.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Tengah ketika berada di rumahnya di Taman Cheng Utama, Cheng, di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” kata Raja Shahrom ketika dihubungi.

Difahamkan, polis menerima beberapa laporan daripada orang awam mengenai sebuah akaun FB milik ‘Kent Tan’ yang memuat naik status ‘Those “Monkey” is looking for extra income…pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank..’ bersama gambar yang tertera dua anggota Polis Trafik sedang bertugas.

Laporan yang dibuat orang awam itu meminta tindakan segera ke atas suspek diambil kerana perbuatan lelaki itu didakwa menjatuhkan maruah polis.

Siasatan mendapati, status yang dimuat naik suspek dipercayai berpunca daripada dua anggota polis trafik yang menahan kereta dipandunya ketika melalui Taman Melaka Raya, tengah hari semalam.

“Suspek kemudian dipercayai merakam dari jauh dan memuat naik gambar bersama status ‘Those ‘Monkey’ is looking for extra income…pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank..’ kira-kira jam 11.30 tengah hari, pada hari yang sama,” kata Raja Shahrom.

Bagi membantu siasatan, polis berjaya mendapatkan perintah reman ke atas suspek selama tiga hari bermula hari ini, dari Mahkamah Ayer Keroh, di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Waheeda Ibrahim.