Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Eksport Malaysia akan berkembang menerusi GST

KUALA LUMPUR – Saiz dan nilai eksport Malaysia boleh berkembang apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara ini mulai April, 2015, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong. Katanya GST bakal memberikan kesan positif ke atas industri, terutama pengeksport, selain syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan yang sekali gus akan meningkatkan kadar pertumbuhan negara.

“Sebenarnya pada masa ini terdapat kelemahan (dalam sistem eksport di Malaysia), berbanding kebanyakan negara Asean yang telah mengguna pakai GST kerana mereka menetapkan sifar cukai untuk eksport.

“GST diperkenalkan supaya cukai tidak perlu dikenakan ke atas eksport…(selepas itu) kita boleh mengurangkan harga dan meningkatkan persaingan dalam  kalangan negara anggota Asean.

“Oleh itu, kita harap dapat meningkatkan jumlah dagangan,” katanya pada persidangan akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar GST hari ini.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Pemborong Pakaian Malaysia; Persatuan Pengusaha-pengusaha Pakaian Malaysia; serta Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia.

Menerusi GST, syarikat boleh mengurangkan kos perniagaan yang kemudiannya akan meningkatkan permintaan serta menaikkan jumlah jualan, kata Chua.

“Di Malaysia, cukai SST (cukai jualan dan perkhidmatan) tidak boleh diambil balik dari segi kreditnya, namun dengan sistem GST, ia dapat membantu peserta industri menerusi pulangan input cukai,” katanya.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Sehingga 24 September 2014, sejumlah 53,458 syarikat telah mendaftar untuk GST.