Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Iqram Dinzly mengaku benar-benar belasah Ayu Raudhah

Tindakan pelakon Iqram Dinzly melakonkan babak memukul Ayu Raudhah di dalam filem ‘Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS) telah dikatakan keterlaluan lantas menimbulkan rasa kurang senang suami aktres itu, iaitu Zaquan Adha.Bercakap kepada sebuah akhbar tempatan, Iqram mengakui benar-benar membelasah pelakon Ayu Raudhah namun ianya sekadar lakonan bagi menghidupkan wataknya di dalam filem arahan Sharad Sharan itu.

“Ya, dalam filem itu kebanyakan babak antara kami membabitkan adegan saya membelasah Ayu. Saya membawakan watak seorang ahli korporat yang mengalami masalah alter ego atau dua perwatakan yang berbeza. Saya memang banyak membelasah Ayu.

“Aksi itu telah kami lakukan dua tahun lalu dan sejujurnya, saya tidak begitu ingat bagaimana tindakan saya sewaktu itu. Hanya apa yang boleh saya katakan, saya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dengan memenuhi tuntutan watak saya sebagai seorang alter ego.

“Sebenarnya, selepas melakukan aksi belasah pada ‘pusingan’ ketiga, Ayu sudah menangis. Dia beritahu saya yang dia tidak tahan dipukul. Jadi, saya pujuk dia dan kami berbincang dengan pengarah supaya babak pukul memukul itu dilakukan sekali jalan agar ia habis di situ. Saya tidak memaksa Ayu meneruskan lakonan, sebaliknya dia bersetuju dan kami melakukan adegan tersebut sekali jalan. Saya juga ada meminta maaf kepadanya di atas kekasaran saya dan hubungan kami baik”, katanya.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Jelas Iqram lagi, dia lakukannya mungkin di luar kesedaran kerana menjiwai watak. Namun sebenarnya, dia juga takut untuk memukul orang.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab saya dan bila saya mula berlakon, saya tidak sedar tindakan saya boleh mendatangkan penderaan fizikal kepada orang lain.

“Saya ambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas apa yang telah berlaku. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelakon dan saya rasa saya tidak buat salah.

- Kosmo!