Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Jenazah Shaikh Mohd Noor melengkapkan kepulangan semua anak kapal MH17

Selepas lebih dua bulan menanti, ketibaan jenazah anak kapal MH17, Shaikh Mohd Noor Mahmood hari ini akhirnya melengkapkan kepulangan semua 15 anak kapal yang terkorban dalam nahas pesawat berkenaan.Pagi ini, sekali lagi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini diselubungi suasana suram dengan ketibaan tiga lagi jenazah mangsa tragedi pesawat MH17.

Selain jenazah Shaikh Mohd Noor, dua lagi jenazah adalah penumpang pesawat MH17, iaitu Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi.

Ketiga-tiganya diberikan penghormatan dalam istiadat khas di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini.


Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH19 yang membawa kumpulan kelima jenazah berkenaan tiba KLIA pada kira-kira jam 6.20 pagi dari Amsterdam dan memasuki landasan Kompleks Bunga Raya pada kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Suasana suram dalam cuaca pagi yang panas menyaksikan jenazah pramugara MH17, Shaikh Mohd Noor Mahmood, adalah yang pertama diturunkan daripada pesawat.

Ia diikuti dengan jenazah penumpang yang juga anak kepada Allahyarham Thambi Jiee iaitu Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi.

Turut hadir pada istiadat khas itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Difahamkan jenazah Shaikh Mohd Noor akan disembahyangkan di Masjid Sultan Sulaiman, Klang seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Jati Kampung Jawa, Klang, Selangor.

Manakala jenazah Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak dengan pesawat tentera Hercules C130.

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!