Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

JKNT lancar ‘Jom Ganyang Aedes’

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini melancarkan gotong-royong perdana ‘Jom Ganyang Aedes’ di seluruh negeri berikutan peningkatan kes demam denggi di negeri ini. Pengarahnya, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata gotong-royong perdana itu diadakan serentak di lima kawasan di tiga daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatatkan peningkatan kes demam denggi.

“Tiga kawasan wabak yang dikenal pasti di Kuala Terengganu ialah Kampung Ladang Titian, Kampung Pengadang Buloh dan Jalan Budiman, Batu Burok.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Manakala dua lagi kawasan ialah di Kampung Seberang Kastam dekat Besut dan Kampung Sura Tengah di Dungun,” katanya kepada pemberita pada majlis gotong-royong di sini hari ini.

Gotong-royong itu turut disertai jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin dan masyarakat setempat.

Dr Anwa berkata, statistik menunjukkan sebanyak 757 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri dari Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding 264 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan 186.7 peratus.

“56 daripada keseluruhan 757 kes itu membabitkan demam denggi berdarah manakala 701 adalah denggi biasa dan pada tahun ini juga terdapat satu kes kematian akibat denggi berbanding tahun lalu yang tiada kematian dicatatkan,” katanya.

Katanya tiga daerah yang mencatatkan peningkatan kes tertinggi di negeri ini ialah Kuala Terengganu iaitu sebanyak 495 kes, diikuti Besut (74) dan Dungun (81).

“Kuala Terengganu mencatat peningkatan paling ketara iaitu melebihi 511 peratus manakala Besut mencatat peningkatan 311 peratus diikuti Kemaman (78.6 peratus) dan Marang (63.6 peratus),” katanya.