Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kadir Jasin: Masa untuk dinasti Anwar perlu berakhir

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin menyifatkan kepimpinan berpaksikan kepada dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berakhir bagi memastikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mampu meraih kepercayaan rakyat Selangor serta mengekalkan kelangsungan dalam Parti Pakatan Rakyat (PR) – PKR, DAP dan PAS.

“Kalau PKR (Parti Pakatan Rakyat) masih berkeras mahu memaksa kehendaknya ke atas semua pihak, khususnya pengundi Selangor, semata-mata kerana mahukan dinasti Anwar, saya rasa pengundi dan rakyat jelata Selangor perlu menimbang semula sokongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Ia juga menguji kebijaksanaan dan keberkesanan Anwar sebagai ketua atas nama (de facto) PR. Kalau PKR, PAS dan DAP masih berasa bertanggungjawab terhadap pengundi yang memilih mereka dan pembayar cukai yang memberi upah kepada mereka, maka mereka perlulah berhenti membuat lawak. Jenaka mereka tidak lucu lagi (krisis membabitkan Menteri Besar Selangor),” tulis Abdul Kadir semalam di blog rasminya, The Scribe A Kadir Jasin.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Wartawan veteran itu dalam kenyataan yang sama berkata, reaksi (PKR) terhadap penerimaan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu akan mencerminkan samada PR berada di ambang kemusnahan atau sedang memasuki zaman baru.

“Yang pasti beliau (Azmin Ali) bukanlah pilihan sukarela PKR. Beliau lebih berupa kehendak Istana. PKR terpaksa merestui pencalonan beliau di saat-saat akhir setelah segala usaha “memaksa” Istana menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal tidak berhasil.

“Kalau PKR boleh bertolak-ansur dan menerima ketentuan ini dengan kewarasan (wisdom), Azmin Ali boleh menjadi MB tanpa gangguan dan boleh membuktikan sama ada beliau mampu atau tidak mentadbir Selangor yang telah mengorbankan banyak MB,” jelas Abdul Kadir lagi.

Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR sebelum ini dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selangor untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor berbanding calon tunggal harapan PKR, ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Azmin Ali, 50, pada 22 Ogos telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 selepas surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Istana, Datuk Mohamad Munir Bani diserahkan kepada beliau.

Majlis Angkat Sumpah ADUN Bukti Antarabangsa sebagai Menteri Besar ke-15 diadakan di Istana Alam Shah, Klang tepat 10.42 pagi semalam dihadapan Sultan Selangor.

Menurut Abdul Kadir lagi, sekiranya PKR masih berkeras dan berdendam terhadap pelantikan jawatan Menteri Besar Selangor, kemungkinan Azmin Ali akan turut sama menerima nasib kurang baik (sepertimana yang berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini) dan ia akan membuatkan PR semakin tidak releven kepada rakyat Selangor.

“PKR dan penyokong fanatik Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu gugat kedudukan Azmin Ali seperti yang mereka lakukan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dalam masa beberapa bulan terakhir ini,” katanya.