Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kerajaan nafi berbohong pernah kata mahu mansuh Akta Hasutan

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948.

Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.

“Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

“Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.

Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang seringkali memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.

Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni”.

Jumaat lalu sebagai respon kepada kritikan terhadap dakwaan hasutan secara meluas Putrajaya berkata akta baharu sedang didraf tetapi mempertahankan dakwaan hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan menambah mahkamah adil kepada semua.

“Sehingga satu undang-undang baharu siap, sebarang kes yang timbul perlu ditangani mengguna pakai undang-undang sedia ada,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.

Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen berkata Kabinet belum pernah berbincang mengenai pemansuhan akta tersebut.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Akta Keharmonian Nasional belum ada draf lagi, tidak ada, cuma yang draf itu adalah Majlis Peguam, di pihak kerajaan belum ada apa-apa draf lagi,” katanya.

Ketika ini Putrajaya sedang mendraf akta Jenayah Kebencian Agama dan Kaum dan Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional untuk menguruskan kes berkenaan diskriminasi.

Usaha mendraf akta ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan diketuai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Draf tersebut ditentang sesetangah kumpulan Islam kerana dikatakan menggugat kedudukan Melayu dan Islam.

Shahidan mempertahankan Akta Hasutan dengan berkata pemansuhan hanya akan mendatangkan kesan buruk.

“Kita kena ingat semasa kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita harap manusia jadi makin baik, tetapi nampaknya manusia menjadi makin teruk dan biadab, malah banyak saya terima keluhan daripada orang ramai yang mahukan ISA dikembalikan semula.

“Ini yang rakyat minta, tetapi kerajaan sudah buat keputusan untuk mansuhkannya,” katanya.

ISA dimansuh dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma 2012.

Shahidan juga mempertahankan Akta Hasutan terus digunakan kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk serta berlandaskan kepada peruntukan Perlembagaan negara.

“Kalau masyarakat majmuk tidak ada Akta Hasutan, orang ramai boleh maki satu sama lain, jadi susah nanti. Jadi, Akta Hasutan tidak akan ditarik balik atau dipinda, ia selari dengan Perlembagaan,” katanya.

Beliau juga menuduh pembangkang sentiasa berusaha mewujudkan perasaan benci supaya rakyat tidak menyukai kerajaan, walaupun banyak perkara baik yang dilakukan kerajaan.

“Pembangkang ini sekarang apa yang mereka buat mesti wujudkan kebencian, hanya dengan ini mereka mampu menukar pemikiran rakyat.

“Kalau rakyat yang rasional tidak ada sebab untuk mempertikaikan kerajaan, tidak ada sebab. Jadi yang mampu mereka tarik perhatian rakyat adalah dengan mewujudkan benci kepada kerajaan, saya tidak faham di sini mengapa kita berbuat baik kepada orang tetapi disuruh benci,” katanya.

Dalam masa dua minggu lepas, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mengikut Akta Hasutan termasuk Rafizi Ramli dan N Surendran daripada PKR, Khalid Samad (PAS) dan RSN Rayer (DAP).

Wakil rakyat lain yang dituduh mengikut Akta Hasutan ialah Teresa Kok (DAP) dan Chua Tian Chang (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) didakwa atas tuduhan membuat fitnah 2 tahun lepas.

Semua wakil rakyat ini berdepan kemungkinan hilang jawatan jika mahkamah menjatuhkan denda RM2,000 atau lebih atau hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.

Terbaru, pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa mengikut Akta Hasutan kerana dituduh mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan mengenai krisis perlembagaan di Perak pada 2009.

Wartawan Malaysiakini Susan Loone ditahan di Pulau Pinang semalam berhubung artikelnya yang menuramah exco negeri Phee Boon Poh dan penahanan besar-besaran anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).