Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kesian PAS..sudah jatuh ditimpa tangga

Shahbudin Husin

Belum pun kering airmata Pas kerana kesedihan tidak dapat menawan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang keputusannya diketahui semalam, parti itu menerima nasib malang lagi hari ini apabila kerusi Exconya di Selangor pula dikurangkan daripada empat kepada tiga.Dalam pilihanraya Pengkalan Kubor, Pas bukan saja gagal dalam percubaannya mahu merampas kawasan DUN itu daripada UMNO, malah undi majoriti BN juga turut bertambah. Jika dalam pilihanraya umum 2013 lalu, calon PKR tewas dengan undi 1,736 undi, kali ini jumlahnya bertambah kepada 2,635 undi.

Yang menarik lagi, walaupun kerusi Pengkalan Kubor ini milik PKR tetapi dalam kehangatan isu Menteri Besar Selangor tengah membara dan merasakan dirinya begitu kuat, Pas telah menuntut untuk mengambil alih bertanding menggantikan PKR dengan hujah peluangnya untuk menang lebih terbuka. Sayangnya, bukan saja impian menang tidak menjelma, kekalahan dengan jumlah undi lebih besar pastinya juga membuatkan PKR puas hati menyerahkan kerusi itu.


Kekalahan dengan jumlah undi yang makin bertambah itu, meskipun mungkin disebabkan oleh banyak faktor yang sudah banyak diperkatakan sejak semalam, tetapi adalah jelas antara mesejnya ialah penolakan pengundi terhadap sikap Pas yang tidak konsisten dalam berpakat dan bergabung bersama PR, selain juga menunjukkan parti itu tidak mampu berdiri sendirian dalam menghadapi UMNO dan BN.

Dengan mesej itu, adalah perlu Pas segera bermuhasabah dan “melihat dirinya semula dalam cermin” ke manakah haluan sebenar yang mahu ditujunya selepas ini. Jika mahu kekal bersama PR, tunjukkanlah kesepakatan dan sehati sejiwa dan jika lebih mahu ke arah kerajaan perpaduan, ambillah sikap yang jelas mengenainya.

Hari ini pula, Pas menerima satu lagi berita sedih yang mungkin menyebabkan ia perlu mencari tuala tambahan untuk mengesat airmatanya berikutan keputusan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengurangkan kerusi Exco parti itu daripada empat kepada tiga.

Nampaknya ketegasan Pas untuk mempertahankan empat kerusi Exconya tidak mendapat perhatian daripada Azmin Ali. Paluan gendang hulubalang Pas kononnya parti itulah yang mencalon dan menyebabkan Azmin terpilih sebagai Menteri Besar, ternyata juga tidak berhasil.

PKR pula yang sebelum ini hanya mempunyai tiga kerusi Exco, kini menjadi empat pula. Termasuk kerusi Menteri Besar, PKR nyata menunjukkan kuasa dan dominannya kali ini. DAP pula, walaupun kekal dengan tiga, tetapi turut mempunyai kelebihan dengan kerusi Speaker masih dalam genggamannya.

Pas yang dikurangkan kerusi Exconya mungkin bakal diberikan jawatan Timbalan Speaker berikutan penyandangnya sekarang, Nik Nazmi sudah pun dilantik sebagai Exco. Namun, jika benar ia bakal berlaku, Pas tetap dikira rugi kerana kehilangan kerusi Exco hanya diganti jawatan yang lebih rendah iaitu Timbalan Speaker saja.

Nasib Pas dalam dua insiden ini tidak ubah seperti lebai malang yang sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Setelah gagal di Pengkalan Kubor, kini kouta Exconya pula berkurangan. Kesian Pas!!

Tetapi tentulah tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Pas dalam kouta baru Exco ini kerana ianya sudah pun mendapat perkenan Sultan Selangor. Jika sebelum ini Pas begitu bersungguh mempertahankan pendiriannya yang berdolak-dalik dalam isu pertukaran Menteri Besar dengan meminta semua pihak menerima apa saja keputusan Istana, kini giliran parti itu pula yang harus menunjukkan sikap terpuji dan tidak bersungut terhadap apa yang berlaku ini.

Memang sebelum ini, melihat sikap dolak-dalik Pas dan setelah Azmin dilantik sebagai Menteri Besar, ramai yang merasakan kouta Exco 4-3-3 yang wujud sebelum ini tidak wajar dikekalkan lagi. Ada yang merasakan Pas hanya wajar mendapat tiga atau dua kerusi Exco saja. Walaupun formula 4-3-3 masih dikekalkan, Azmin seperti memahami suara ramai yang mahu jumlah Exco Pas dikurangkan.
- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Apa pun, dengan keputusan berani Azmin mengurangkan kerusi Exco Pas kepada kepada tiga, beliau sebenarnya sedang mengajar Pas tentang erti dan nilai berpakat serta sepakat dalam sebuah gabungan.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Jika sejak dulu Pas tidak berdolak-dalik dan sentiasa konsisten atas nama kesepakatan sebagai rakan gabungan dalam PR, tentulah empat kerusi Exco itu tidak terjejas sama-sekali. Lihat saja DAP, kerana konsisten dan kekal dengan janji, mereka tidak hilang apa-apa.

Dalam dunia ini, orang yang setia dan berpegang pada janji sentiasa menerima ganjarannya, manakala yang tidak setia dan dicurigai pula memang harus menerima hukuman.

___________
Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com