Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mat Sabu dakwa PAS Pusat dipinggirkan dalam pencalonan terbaru MB Selangor

Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.Mohamad berkata, perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.

“Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

“Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti,” kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam, merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata, mesyuarat AJK PAS Pusat pada 25 Ogos pula mengambil keputusan menyepakati nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 Ogos dan menyerahkan kepada budi bicara Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pilihan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap PAS khasnya, dan terhadap Pakatan Rakyat (PR) amnya.

“Saya ingin menyatakan dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS Datuk Mutafa Ali semalam (4 Ogos), seperti laporan pelbagai media, nama Dr Wan Azizah dan Azmin tidak ada dalam senarai pencalonan PAS tidak dalam pengetahuan saya,” kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini setiausaha agung PAS berkata Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Adun PAS di samping nama dua Adun PKR.
- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

“Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama,” katanya kepada Utusan Malaysia.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

“Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

“Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing,” kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu.