Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Menantu Osama Dipenjara Seumur Hidup

NEW YORK: Menantu Osama bin Laden, Suleiman Abu Ghaith, dihukum penjara seumur hidup selepas sabitan terhadap tuduhan terbabit dalam keganasan.

Penghakiman kes itu dibuat berikutan juri mahkamah Manhattan pada Mac lalu mendapati lelaki kelahiran Kuwait itu bersalah bersekongkol membunuh warga Amerika, menyediakan bahan untuk kegunaan pengganas dan membantu militan.

Hakim Lewis Kaplan membacakan keputusan itu sejurus selepas Suleiman, 48, memberikan ucapan dalam bahasa Arab dengan memetik beberapa ayat al-Quran sebelum mengumumkan tidak akan merayu atas sabitan berkenaan.

“Hari ini ketika anda semua menggari tangan saya dan mahu menanam saya hidup-hidup, tanda disedari anda membebaskan ratusan tangan pemuda Islam.

“Dan mereka akan menyertai perimpunan membebaskan manusia,” katanya.

Sebagai tindak balas, Kaplan berkata, Suleiman tidak menunjukkan sebarang rasa kesal atas tindakannya.

Pada penilaiannya, kata Kaplan, Suleiman komited melakukan apa sahaja bagi membantu al-Qaeda dalam misi membunuh warga AS.

Dalam perbicaraan, pendakwaraya berkata, Suleiman adalan jurucakap al-Qaeda yang karismatik dalam tempoh beberapa hari dan minggu selepas insiden 9/11 yang menyaksikan dua bangunan Pusat Dagangan Dunia runtuh pada 2001.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Menerusi satu rakaman video pada Oktober tahun itu, Suleiman juga muncul untuk menjanjikan bahawa “ribut kapal terbang tidak akan berhenti” – merujuk kepada penggunaan pesawat udara merempuh bangunan WTC itu.