Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mizz Nina mulai meninggalkan dunia nyanyian,tumpu dunia fesyen

Sejak membuat keputusan berhijab, Mizz Nina perlahan-lahan meninggalkan dunia nyanyian. Bagaimanapun cintanya terhadap dunia fesyen masih kuat. Selepas jenama fesyennya Medeena berjaya mencuri tumpuan ramai sewaktu di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada Jun lalu, kini Mizz Nina mengorak langkah mengembangkan lagi perniagaannya membuka sebuah butik, Madeena Boutique & Cafe.Jelas Nina, sudah lama dia mengimpikan untuk membuka butik tersebut apatah lagi selepas melihat sambutan hangat terhadap jenama tersebut menerusi perniagaan online sebelum ini. Usaha mahu merealisasikan hasrat tersebut dimulakan kira-kira dua tahun yang lalu.

“Alhamdulillah, sudah lama saya impikan untuk membuka butik sendiri dan tercapai jua. Sebelum ini saya hanya menjual menerusi laman web, madeena.my dan fashionvalet.com. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Madeena menyediakan jubah wanita, abaya, hijab, ada juga jaket, skirt panjang yang sesuai dengan fesyen terkini dan paling penting, menutup aurat.

“Dari segi harga pula, setakat ini koleksi di butik saya paling mahal pun RM200. Saya letak harga yang berpatutan supaya semua golongan boleh membeli koleksi Medeena”, katanya.

Memilih membuka butiknya di Heritage Lane, Empire Damansara, Damansara Perdana, Nina menjelaskan, dia jatuh cinta dengan lokasi dan konsep lokasi tersebut

“Pada mulanya saya merancang membuka butik saya di di Amcorp Mall, Petaling Jaya tapi lokasi itu kurang sesuai. Sehinggalah seorang rakan memperkenalkan lokasi di sini. Terus saya suka dengan suasananya yang seperti pusat beli-belah di luar negara, santai dan eksklusif. Saya tak ambil masa yang lama untuk berfiir dan saya terus usaha untuk dapatkan lot kedai di sini. Segalanya dipermudahkan.

“Masih banyak yang perlu saya buat di butik ini, Insya-ALLAH, saya akan lebih kerap berada di butik. Jadi pada sesiapa yang mahu melihat koleksi, boleh datang ke butik saya,” katanya dia akan memberi tumpuan dan menghabiskan banyak masa di butiknya itu.

Tidak hanya terarah kepada fesyen semata-mata, Nina berkata, dia juga turut mengeluarkan beberapa produk lain seperti wangian.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

”Buat masa ini saya keluarkan wangian dalam botol kecil sebagai percubaan, jika mendapat sambutan, saya akan mengeluarkannya dalam botol besar pula,” tuturnya lagi.

Mengenai perancangan masa depan pula, Nina berkata dia tidak merancang untuk mengeluarkan pakaian lelaki sebaliknya dia lebih berminat untuk mengeluarkan pakaian bagi kanak-kanak.

-Malaysian Digest