Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Muhyiddin dakwa krisis Selangor punca BN menang besar, PAS nafikan

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan majoriti lebih besar calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail di PRK Dun Pengkalan Kubor adalah berpunca daripada krisis yang berlaku dalam PR.Muhyiddin berkata, rakyat Kelantan bijak menilai kerana mereka percaya hubungan PR sudah tidak lagi menunjukan mereka mampu mentadbir Selangor dan Malaysia dengan baik.”Saya kira banyak faktor (kemenangan) pertama ialah keberkesanan jentera, serta kempen kita yang lancar terutama mengenai penjelasan isu royalti minyak.


“…dan faktor seterusnya ialah apa yang berlaku di Selangor iaitu rakyat melihat satu hubungan yang tidak mantap antara Pas, PKR dan DAP, saya percaya pengundi dapat membuat penilaian apa yang berlaku di sana,” katanya ketika sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di Pengkalan Kubor di sini hari ini.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Dalam pada itu, Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada calon BN kerana berjaya memperoleh kemenangan pada PRK kali ini.

“Tahniah, kerana berjaya memperolehi kemenangan kali ini.

“Kemenangan ini sangat luar biasa,” katanya.

Terdahulu calon BN diumumkan sebagai pemenang di PRK Pengkalan Kubor selepas mengalahkan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti besar iaitu 2,635.

Mat Razi memperoleh undi 9,961 manakala Wan Rosdi mendapat 7,326 manakala calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya memperoleh 38 undi.

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

“Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

“Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal,” katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.