Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pahrolrazi dedah sebab penubuhan PasMa

Presiden NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana NGO tersebut bimbang dengan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang.Pahrolrazi berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.”Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan.

“Kalau runtuh PR rakyat Malaysia akan terima bencana,” katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini (gambar sumber: bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com ).


Oleh itu, Pahrolrazi berkata, situasi sekarang menunjukkan PR berada dalam keadaan yang ‘tenat’ sehingga Pasma terpanggil untuk menyelamatkan keadaan.

“Politik sihat adalah rakyat mempunyai pilihan.

“(Apa yang) Berlaku di Selangor sudah sampai kemuncak nasib PR terumbang-ambing.

“Sudah ada bayangan peristiwa ingin menukar MB, bagaimana ada percaturan daripada Pas, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan PR boleh jatuh dan digantikan dengan Khalid Ibrahim yang akan bekerjasaama Umno.

“Kalau tidak kerana dua wakil Pas yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah, ianya berjaya menyelamatkan keadaan.
- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

“Sebab itu melihat situasi sekarang PR dalam keadaan bahaya, jadi kami terpanggil untuk menyelamatkan keadaan,” katanya.

Turut hadir dalam forum tersebut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari.