Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PAS dakwa sudah jangka akan kalah di Pengkalan Kubor

PAS mengakui menjangkakan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ekoran penurunan peratus keluar mengundi hari ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Pengarah Operasi Induk PAS PRK Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peratus mengundi pada PRK itu ialah 72.8% berbanding 78.9% pada PRU13.

“Sebagaimana yang kita jangkakan, ia (penurunan peratusan) akan meninggalkan kesan kepada PRK ini dan kami menerima (kekalahan) dengan hati terbuka,” katanya kepada pemberita. Gambar: Ihsan Malaysiakini

Beliau berkata faktor hari pengundian pada hari bekerja menyebabkan pengundi berdaftar DUN itu yang berada di luar kawasan tidak balik mengundi dan ia menyumbang kepada penurunan peratusan mengundi.

“Kami juga ucapkan tahniah kepada calon BN (Barisan Nasional) dan pikul amanah yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hilang wang pertaruhan pada PRK itu apabila hanya meraih 38 undi, berkata beliau tidak kecewa dengan kekalahan keduanya.

Beliau berkata rakyat Pengkalan Kubor sebenarnya terpengaruh dengan janji-janji pilihan raya.

“Saya tidak kecewa pun kalah buat kali kedua ini, tetapi saya khuatir nasib penduduk di Pengkalan Kubor yang lalai akan janji-janji yang ditaburkan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.
- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

BN menang dengan majoriti 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.

Pada PRU lalu, Izat Bukhary memperoleh 65 undi dan ketika ditanya undi yang terus merosot pada PRK ini, beliau berkata pengundi sudahpun membuat pilihan.

“Saya tidak mahu ulas sangat perkara ini, biarlah. Pada masa yang sama juga, saya redha dengan keputusan itu,” katanya.