Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pas tidak gentar taktik kain rentang fitnah

TUMPAT – Pas mengharapkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dapat membuang semua kain rentang fitnah yang digantung bertaburan di sekitar Pengkalan Kubor.

Pengarah Operasi PRK Dun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelak kemungkinan berlaku serangan balas oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, beliau menyedari  kain rentang yang didakwa cuba mempengaruhi penyokong Pas sempena kempen PRK Pengkalan Kubor itu digantung sejak beberapa hari lalu.

“Taktik kontroversi ini jelas menunjukkan parti lawan (BN) sudah mula terdesak dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Pas ketika  masa berkempen sudah  berbaki tiga hari lagi,” dakwanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tinjauan mendapati  kain rentang yang memaparkan gambar Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dengan memetik kata-kata menggambarkan kekecewaan pemimpin itu terhadap keputusan  Majlis Syura Pas digantung di tepi-tepi jalan raya.

Selain itu, turut digantung kain rentang menggunakan gambar Naib Presiden parti, Datuk Husam Musa bersama kata-kata “Pas tidak Serius Hudud”.

Kain rentang berkenaan terdapat di sepanjang jalan utama dari Jalan Neting menuju ke Pengkalan Kubor.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Wan Rahim mendakwa ia dilakukan oleh parti lawan kerana sudah kehabisan idea untuk menyerang Pas dan ketandusan panduan bagi menggugat sokongan rakyat.