Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PASlah yang sebenarnya pecat Anwar!

Shahbudin Husin

Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi.Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan serta-merta bagi menjimatkan kos.

Sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan Anwar selama ini, Faekah juga mengatakan adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan menjaga ekonomi dan pelaburan kerajaan negeri.

Dengan keputusan itu, tidak syak lagi ramai yang beranggapan bahawa Khalid memang berdendam dan marah kepada Anwar. Beliau bukan setakat menamatkan khidmat, malah menutup terus pejabat bekas bossnya itu.

Jika Khalid hanya terpaksa menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar, seiring dengannya Anwar pula ditamatkan tugas dan ditutup terus pejabatnya. Dengan tindakan ini, Khalid nampaknya berjaya menjimatkan wang kerajaan negeri sebanyak RM1 sebulan untuk bayaran gaji Anwar itu.

Ada juga yang beranggapan Khalid seperti budak-budak kerana tindakannya menamatkan khidmat Anwar itu. Hanya kerana marah, terus dipecatnya Anwar. Walaupun jika mahu, Menteri Besar baru, Azmin Ali boleh melantik Anwar semula ke jawatan itu tetapi tentulah ia juga memerlukan proses tertentu, termasuk dibawa ke mesyuarat Exco semula.

Memang diakui Khalid ada sedikit dendam dan marah kepada Anwar tetapi yang sebenarnya menjayakan dendam dan marah itu dilangsaikan ialah empat orang Exco Pas yang ada bersama Khalid sekarang. Persetujuan empat Exco Pas inilah yang menyebabkan Anwar dipecat dan pejabatnya ditutup.

Oleh kerana hanya empat Exco Pas saja lagi yang tinggal bersama Khalid, jika mereka tidak bersetuju dengan penamatan itu, pastilah ia tidak akan berlaku. Kenapakah empat Exco Pas juga setuju Anwar dipecat?

Ini menunjukkan selain Khalid yang marah dan berdendam dengan Anwar, empat Exco Pas juga seperti turut “sakit hati” dengan Ketua Umum PKR itu.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Nampaknya, kemarahan Pas, terutamanya golongan yang setia dan wala’ kepada Haji Hadi Awang terhadap Anwar Ibrahim yang dianggap mencetuskan kemelut ini sepertimana yang ditunjukkan dalam muktamar baru-baru ini, masih lagi berterusan.

Walaupun Pas pernah mencalonkan Azmin bersama-sama Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid pada mesyuaratnya 17 Ogos lalu, pencalonan itu sebenarnya sudah pun terbatal apabila pada 3 September, Haji Hadi mengemukakan tiga nama lain iaitu Dr Idris Ahmad, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad kepada Sultan Selangor.

Dengan Azmin yang turut dianggap rapat dan paling setia kepada Anwar menggantikan Khalid, Pas jelas tidak mahu kelibat beliau terus membayangi dan memainkan peranannya lagi selepas ini.

Walaupun Khalid yang mencadangkan penamatan khidmat Anwar ini, ia tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa persetujuan empat Exco Pas itu. Malah jika tiga orang tidak setuju pun, keputusan majoriti tidak dapat dicapai.

Maka, Pas juga turut memecat Anwar sebenarnya.

___________

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com