Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pengganas ISIS merancang serang ’subway’ Paris dan Amerika Syarikat

NEW YORK: Iraq mempunyai maklumat bahawa militan Negara Islam (ISIS) merancang untuk menyerang sistem kereta api bawah tanah atau ’subway’ di Paris dan Amerika Syarikat, kata Perdana Menterinya Haider al-Abadi.Bagaimanapun pegawai keselamatan Amerika dan Perancis berkata mereka tidak mempunyai sebarang bukti bagi menyokong dakwaan Abadi itu, malah menyatakan mereka terkejut dengan pendedahan berkenaan.

Berikutan itu sebagai langkah meyakinkan orang ramai mengenai keselamatan di ’subway’ berkenaan, pemimpin di New York bergegas untuk menaiki perkhidmatan kereta api bawah tanah itu.

Abadi berkata beliau menerima maklumat itu pada Khamis pagi daripada militan yang ditawan di Iraq dan berpendapat ia maklumat yang boleh dipercayai selepas meminta butiran lanjut.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Serangan itu, katanya, dirancang dari dalam Iraq oleh rangkaian Negara Islam, yang juga dikenali sebagai ISIS atau ISIL.

“Mereka merancang untuk menyerang perkhidmatan Metro di Paris dan Amerika Syarikat,” kata Abadi kepada sekumpulan kecil wartawan Amerika ketika menghadiri mesyuarat tahunan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

“Saya minta lebih banyak maklumat yang boleh dipercayai. Saya minta nama. Saya minta maklumat, bandar raya, tarikh.

“Dari maklumat yang diperoleh, ya, ia nampak kredibal,” tegasnya. – REUTERS