Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pengganas Islam Filipina umum sokong pengganas ISIS

Kumpulan militan Abu Sayyaf mengisytiharkan sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) di Syria melalui video yang disiarkan di Youtube, mencetuskan amaran bersiap sedia di Sabah, lapor The Star hari ini.Video itu menyaksikan pemimpin Abu Sayyaf Isnilon Hapilon, berpakaian jubah hitam, dan beberapa lelaki bertopeng mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada Isis dan ketua mereka Abu Bakr al-Baghdadi melalui sumpah taat setia.

Isnilon yang berusia 48 tahun adalah seorang daripada pengganas paling dikehendaki di dunia, dengan ganjaran RM16 juta bagi kepalanya, kata laporan itu.

Klip enam minit itu dipaparkan di laman web pada Julai tetapi sumber memberitahu ia hanya mengambil momentum laman rangkaian sosial bulan lepas.

Video berkenaan, kata laporan itu, dirakam dalam hutan di selatan Filipina, di mana kumpulan militan berkenaan perpengkalan dan pada permulaan video menunjukkan bendera hitam pergerakan Isis.

Isnilon dan konco-konconya berkomunikasi lebih banyak dalam bahasa Arab dan dalam dialek – Yakan – dalam video itu dan pihak berkuasa percaya ia bertujuan untuk mengumpul sokongan terhadap pergerakan Isis di Asia Tenggara.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Pemimpin Jemaah Islamiah (JI) dan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT), Abu Bakar Baasyir menyahut seruan itu dan juga menggesa pengikutnya menyertai Isis, kata laporan berkenaan.

Beliau dipercayai menyusun pemimpin tertinggi JAT dan ahli di Penjara Pasir Putih, Indonesia untuk memerintahkan mereka menyokong Isis.

Sumber-sumber memberitahu The Star berikutan perkembangan baru ini, pihak berkuasa juga memantau kumpulan pro-Isis dan laman sesawang jihad dalam bahasa Melayu.

Isnilion yang dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan pihak berkuasa Malaysia dan dipercayai bertanggung jawab terhadap insiden di pulau Pom Pom dan Semporna pada November lalu, di mana warga Taiwan Chang An-Wei diculik dan suaminya Hsu Lee Min dibunuh.

Beliau kemudiannya dibebaskan selepas rundingan.

“Beliau (Isnilon) dan orang-orangnya berbahaya dan kegiatan utama mereka adalah menculik, yang dijalankan untuk membiayai aktiviti keganasan mereka,” kata seorang penganalisis perisikan serantau dipetik sebagai berkata.

“Dia dan orang-orangnya memenggal mangsa penculikan Amerika.”

Pihak berkuasa Malaysia menurut laporan itu berkata, bimbang Isnilon dan pasukan beliau dengan mudah boleh mendapatkan akses ke Sabah dari pangkalan mereka di selatan Filipina.

“Keadaan di Iraq dan Syria, di mana Isis beroperasi, seolah-olah memberi dorongan baru kepada Isnilon. Terdapat sebab-sebab yang sangat baik untuk Malaysia bersiap sedia terhadap pengganas di sepanjang persisir pantai,” kata penganalisis itu dilaporkan berkata.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Bukit Aman akan mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakkan pergerakan Isis tersebar di Malaysia.

“Kami memantau rapi perkembangan kumpulan radikal seperti di negara-negara jiran. Kami akan meningkatkan keselamatan di sempadan untuk menghalang mana-mana elemen ini daripada terlepas,” beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah pihak polis bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di negara lain untuk meningkatkan pengumpulan maklumat risikan.

“Kami tidak akan membenarkan pelampau bertapak di Malaysia.”