Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Rita Rudaini: Tuntutan tinggi untuk anak, bukan sebab mata duitan

“Saya bukannya mata duitan ataupun materialistik sebaliknya apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk menuntut hak demi masa depan anak-anak.“Jumlah tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak mencecah setengah juta ringgit ini difailkan selepas saya berbincang lanjut dengan peguam.“Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk dengan tuntutan nafkah anak sebanyak RM5,392 sebulan dan untuk nafkah edah yang masih dalam perbincangan dengan peguam lagi,” kata pelakon terkenal Rita Rudaini Mokhtar, 38.

Rita berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuntutan mutaah sebanyak RM300,000 dan nafkah tertunggak RM150,000 hingga menjadikan jumlah keseluruhan mencecah setengah juta ringgit terhadap bekas suaminya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Dalam laporan sebelum ini, pelakon itu memfailkan tuntutan mutaah di Mahkamah Tinggi Syariah dan sebutan semula kesnya akan berlangsung pada 11 September nanti. Manakala, tuntutan nafkah tertunggak pula sudah difailkannya pada Mac lalu.

Rita ditemui di majlis pelancaran kempen dan lagu salute Malaysia yang disempurnakan Datuk Lee Chong Wei di Universiti Kuala Lumpur di sini, hari ini.