Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

ROS: Nama Presiden PasMa dalam rekod bukannya Pahrolrazi

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966.”Namun sekiranya PasMa berhasrat dan mempunyai niat serta tujuan untuk menyertai aktiviti politik pertubuhan tersebut hendaklah membuat permohonan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah sebelum ia boleh bergerak secara sah di dalam negara,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Pada Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Pangkalan Kundor tiada dalam senarai seperti yang didaftarkan.

Sebalinya menerusi kenyataan ROS, PasMa diketuai oleh seorang pengerusi iaitu Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.