Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Syarat ketinggian punca belia India malas mahu sertai PDRM

MIC Melaka memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kelonggaran dari segi syarat fizikal mahupun kelayakan akademik bagi membolehkan lebih ramai belia India menyertai pasukan polis.Pengerusinya, Datuk M.S Mahadevan berkata, ramai belia India amat berminat menyertai pasukan polis, bagaimanapun syarat fizikal yang agak ketat serta tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan, membantutkan usaha itu.”Kami memahami syarat yang telah ditetapkan, namun kami ingin mohon sedikit kelonggaran yang tidak menjejaskan usaha ini.

“Perkara kecil mungkin seperti tinggi atau ukur lilit dada itu kurang satu atau dua sentimeter boleh diberi kelonggaran bagi menarik lebih ramai belia India menyertai pasukan polis,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, malam tadi.

Beliau terdahulu menghadiri Konvensyen MIC Melaka ke-68 dirasmikan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang turut dihadiri lebih 200 perwakilan daripada 135 cawangan MIC di Melaka.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Mahadevan berkata, 11 usul diluluskan sebulat suara dalam konvensyen itu antaranya mengenai kelonggaran menyertai pasukan polis serta supaya lebih ramai kaum India diambil bekerja dalam sektor awam terutamanya dalam kumpulan profesional.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan Melaka berkata satu lagi usul yang diluluskan ialah memohon kerajaan negeri Melaka menetapkan kuota rumah bukan bumiputera dalam sesuatu projek perumahan kepada kaum India.

“Mungkin dalam satu projek perumahan itu daripada kuota rumah bukan bumiputera, kerajaan negeri boleh tetapkan antara 10 atau 15 peratus untuk kaum India membelinya, kerana kuota rumah bukan bumiputera ini cepat habis jadi sukar kaum India untuk beli rumah,” katanya.

Sementara itu, Mahadevan berkata kaum India di negeri Melaka perlu memahami bahawa setiap kuil yang ada, perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan setiap kuil yang gagal mematuhinya akan diambil tindakan.

“Kita kena faham peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menetapkan lokasi kuil itu mestilah sesuai antaranya tidak berada dalam kawasan perumahan, tetapi kerajaan sedia berbincang dengan semua pihak terlibat untuk selesaikan perkara ini dengan baik dan memberi kebaikan kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata Melaka pada masa ini mempunyai 60 kuil yang berdaftar dan apa yang merisaukan ialah ada beberapa kuil yang berusia lebih 100 tahun tidak dapat didaftarkan kerana tidak mematuhi peraturan PBT antaranya berada dalam kawasan kediaman.