Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Wan Azizah beli kek buat Azmin Ali

Dengan pelantikan menteri besar yang baharu selepas kemelut politik yang berlarutan di Selangor sejak beberapa bulan lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada Jumaat bahawa parti itu bersatu sebagai tanda sokongan terhadap Azmin Ali untuk menerajui negeri itu.Pada sidang media selepas bertemu dengan barisan Exco PKR yang baharu dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar berkata, isterinya turut membeli kek kepada Azmin sebagai tanda sokongan terhadap beliau.

“Ia amat jarang berlaku apabila presiden parti membeli kek kepada menteri besar yang baharu,” kata Anwar dalam nada berseloroh di Ibu Pejabat PKR di sini.

Ketika ditanya untuk mengulas lanjut mengenai kritikan Sultan Selangor terhadap PKR berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, Anwar berkata: “Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana menghormati menteri besar yang hadir bersama saya.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

Barisan Exco baharu yang hadir adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Daroyah Alwi (Sementa), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia).

Anwar berkata, beliau akan meminta pentadbiran baharu untuk mengkaji semula kenaikan gaji untuk pegawai tertinggi kerajaan negeri itu yang diluluskan pada tahun lalu.

Beliau berkata PKR menyokong tindakan Azmin untuk mengkaji semula kertas cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara, perjanjian penstrukturan semula air dan beberapa kelulusan tanah.