Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Ahmad Yakob tolak kemenangan BN Pengkalan Kubor sebagai Umno Kelantan kuat

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 25 Sepetember lalu tidak boleh dijadikan kayu ukur kekuatan sebenar UMNO kelantan.Katanya apa yang berlaku pada PRK tidak sama dengan apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Kekalahan PAS di Pengkalan Kubor membolehkan PAS mendapat maklumat terkini mengenai situasi politik negara.

“Kita dapat mengenali sikap sebenar pengundi di Pengkalan Kubor, biar pun kita dapat lihat dalam konteks PRK tidak sama dengan PRU.

“Apa pun ia merupakan satu perkara penting bagi kita sebagai orang politik. Apa yang berlaku itu memberi mesej penting,” katanya menerusi laporan portal lidah rasmi PAS Harakah.

Ahmad Yakob berkata demikian ketika mengulas ucapan Perdana Menteri yang menegaskan kejayaan BN di PRK Pengkalan Kubor perlu dikaji bagi menentukan kejayaan berterusan parti politik.

Pada masa sama beliau menegaskan, PAS perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi PRU akan datang.

“Kita ambil isyarat-isyarat yang dikesan daripada kelemahan-kelemahan yang berlaku. Perkara itu akan kita terjemahkan dalam jawatankuasa post mortem yang telah diwujudkan.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …
– Dapatkan dress cantik dengan harga murah! …KLIK DI SINI!

“Mereka akan merumuskan secara terperinci bagi melihat faktor-faktor kekalahan yang sebenar, ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata apa yang berlaku di Pengkalan Kubor memberi cabaran kepada beliau lebih-lebih lagi apabila beliau sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Tumpat dan PAS Kelantan perlu menyusun strategi-strategi baru ekoran daripada keputusan yang tidak menyebelahi PAS dalam PRK tersebut.

Pada PRK tersebut BN berjaya mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail mendapat majoriti 2,635 undi mengatasi calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.