Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Dr. Asri: Kesimpulan cetek kata pegang anjing haram

Menyatakan haram apabila (dalam kalangan individu muslim) memegang atau menyentuh anjing atas alasan ianya bersifat najis merupakan kesimpulan hukum yang cetek, kata Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.“Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

“Haramlah juga mereka yang bekerja membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek,” tulisnya dilaman Facebook, DrMaza.com semalam dalam artikel bertajuk “Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia”.

Mohd Asri menambah berdasarkan pandangan ulama tersohor dan beberapa mazhab, menyentuh anjing hukumnya tidak haram.

“Maka tidak haram menyentuh anjing. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah pula adalah khilaf (tidak sependapat atas sesuatu perkara) pendapat dalam kalangan sarjana.

“Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah,” katanya lagi.

Sementara itu katanya, sebahagian fuqaha (ahli di bidang kefahaman al-Quran dan hadis) membataskan konteks najis anjing hanya pada jilatan sahaja sepertimana yang disebut oleh riwayat Al-Bukhari.

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

“Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat,” jelasnya dalam kenyataan yang sama.

Semalam berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang dianjurkan oleh Syed Azmi Alhabshi bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.